Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan skuter maxi popular, Yamaha XMAX 250 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM23,998
Model 2023 ini paling ditunggu-tunggu peminat motosikal tempatan ekoran tampil dengan pelbagai ciri terkini dan lebih moden berbanding generasi sebelumnya.
Pertamanya, panel meter pada XMAX 250 2023 ini datang dengan paparan skrin TFT 4.2-inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin dan boleh dihubungkan dengan telefon pintar.
Yamaha XMAX 250 itu juga tampil dengan panel depan baharu yang mengetengahkan susunan lampu dan hidung depan berbentuk ‘X’. Bentuk ‘X’ itu juga ditayangkan ketika lampu belakang dinyalakan.
Yamaha turut mengemas kini panel sisi agar melindungi penunggang dengan lebih baik di jalan raya manakala penghadang angin kini boleh diselaraskan. Yamaha XMAX baharu ini juga dilengkapi dengan pencahayaan LED sepenuhnya termasuk di bahagian lampu isyarat.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk sistem Smart Key (penghidup tanpa kunci) dan sistem Answer Back yang membantu memudahkan pencarian motosikal.
Meskipun datang dengan pelbagai ciri baharu namun, model keluaran 2023 ini masih lagi dikuasakan enjin yang sama. Hasilnya, platform 250cc satu silinder Blue Core yang menawarkan 22.5hp dan 24.3Nm.
Bagi pasaran tempatan, Yamaha XMAX 250 2023 ini datang dengan dua warna pilihan; Icon Blue dan Max Silver.