Untuk maklumkan, Boon Siew Honda bakal merasmikan Honda Vario 160 pada 22 November.
Seperti biasa, meskipun majlis pelancaran belum berlangsung namun sudah ada pengedar yang mula mengiklankan skuter kompak serba baharu itu.
Kami sendiri meninjau beberapa platform jualan atas talian dan mendapati terdapat beberapa ikaln Honda Vario 160 yang telah dimuat naik.
Namun kami terkejut kerana harga dipinta bagi Honda Vario 160 2022 itu adalah sekitar RM9,800.
Jika benar, maka ini secara tidak langsung menyaksikan kenaikan sekitar RM2,000 berbanding model terdahulu, Vario 150.
Sejauh mana kebenaran itu hanya akan diketahui pada hari pelancaran nanti.
Untuk rekod, Honda Vario telah diberi peningkatan bagi tahun 2022 dengan kehadiran enjin baharu yang lebih besar, dari 150cc kepada 160cc. Enjin tersebut menjana 15.2hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm berbanding 13hp dan 12.9Nm sebelum ini.
Selain itu, terdapat juga kelengkapan lain yang ditawarkan termasuk ‘daytime running light’ (DRL) dan fungsi ABS yang kali pertama diperkenalkan pada skuter Vario.
Model baharu ini juga datang dengan cakera brek depan dan belakang menggantikan brek drum (dibahagian belakang) sebelum ini.