Bikesrepublic

Royal Enfield Shotgun 650 (2024) Dilancarkan di Malaysia

Royal Enfield Shotgun 650 (2024) telah dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 hari ini.

Walaupun rekabentuk retro-futuristik motosikal ini diilhamkan oleh SG650 Concept, ia masih seumpama kanvas kosong untuk penyesuaian dan pemperibadian di kalangan peminat di seluruh dunia. Malah, Royal Enfield berkata ia sebuah “kanvas untuk pemperibadian, mencerminkan gabungan tenaga kreatif mentah, budaya adat anarki dan DNA Royal Enfield yang ikonik.”

Ciri-ciri utama:
  • Menggunakan platform enjin Royal Enfield 650 yang terbukti.
  • Enjinnya merupakan jenis 648cc berkembar selari dengan penyejukan minyak-udara, dan SOHC.

  • Ia menghasilkan 34.6 kW (46.4 hp) pada 7,250 RPM dan 52.3 Nm pada 5,650 RPM.
  • Tork yang tinggi pada RPM rendah itu bermakna ia ditala untuk pecutan, dan sesuai untuk persekitaran bandar.

  • Suspensi hadapan terdiri daripada fork Showa 43mm jenis terbalik, dengan piston besar, berfungsi berbahagi.
  • Tugas suspensi belakang dikendalikan oleh sepasang penyerap hentakan RSU dengan pelarasan prabeban 5 langkah.

  • Saiz roda depan ialah 18-inci, manakala yang belakang berukuran 17-inci.
  • Sistem brek motosikal ini menggunakan cakera tunggal 320mm di depan, dan cakera 300mm di belakang.

  • Lampunya yang nampak fancy itu menggunakan LED.
  • Meter-meter digital-analog dilengkapi dengan ciri navigasi Tripper.

  • Aplikasi Royal Enfield Wingman yang baharu memaparkan data seperti di mana motosikal berada pada masa nyata, tahap bahanapi dan minyak enjin, kala servis, dan sebagainya.
  • Juga terdapat sebuah port USB untuk mengecas peranti anda.

  • Ergonomik motosikal ini memudahkan penunggang, dengan ketinggian pelana hanya pada 795mm, pemijak kaki di bahagian pertengahan, dan posisi handel yang senang dicapai.
  • Royal Enfield menawarkan 31 Aksesori Motosikal Tulen bagi Shotgun 650 termasuklah cermin pandang belakang yang diletak dihujung handel, pelana solo, rim-rim yang dimesin.

  • Juga terdapat pakaian-pakaian jenama Royal Enfield untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup anda.
  • Terdapat empat warna iaitu: Stencil White, Plasma Blue, Green Drill, and Sheet Metal Grey.

  • Harga jualan untuk Royal Enfield Shotgun 650 (2024) bermula dari RM 34,900.

Pra-tempahan dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu 

Pada masa yang sama,  pratempahan kini dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu.

Tayangan perdana rasmi motosikal itu akan berlangsung pada 8 Jun 2024, di JioSpace Petaling Jaya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan