Bikesrepublic

Rudy GTB Beli Yamaha RXZ Catalyzer 2010 ‘Anak Dara’ RM100,000!

Baru-baru ini sebuah Yamaha 125ZR telah terjual dengan harga RM85,000 dan sebelum itu, seorang penjual telah meletakkan harga RM70,000 bagi Yamaha RXZ miliknya.

Kini, Rudy Geng Tayar Besar (GTB) yang terkenal dengan melakukan modifikasi tayar besar kepada beberapa model kapcai antaranya Y15ZR, dikatakan telah membelanjakan RM100,000 bagi membeli sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2010 (NOS)!

Rudy berdasarkan video yang dimuat naik ke laman YouTube Geng Tayar Besar, berkongsi bagaimana dia telah ke sebuah bengkel di Johor bagi membuat pembelian tersebut.

Jentera tersebut – meskipun berhabuk – merupakan serba baharu dan serba lengkap dengan alat ganti original termasuk buku manual.

Menerusi video tersebut, Rudy turut mendedahkan ekzos standard RXZ itu kini bernilai RM3,000,panel meter mencecah harga RM2,000 manakala tempat duduk ‘orimotor’ bernilai RM5,000.

Sementara itu, seorang rakan yang berhubung dengan Rudy menerusi panggilan video juga menasihatkan untuk mengisi minyak di tempat yang ramai dan elak tempat sunyi agar tidak menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya bukan sekadar gimik, Yamaha RXZ ini milik Rudy GTB kini memegang rekod sebagai penjualan motosikal lama paling mahal setakat ini, namun tak hairan jika ada yang berminat ‘memecah’ rekod itu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan