Bikesrepublic

Saga Dan X70 Bantu PROTON Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun

Penjualan kenderaan bagi pasaran tempatan semakin meningkat susulan insentif pengecualian cukai diperkenalkan kerajaan dengan PROTON mendominasi pasaran jualan lebih 63.2 peratus.

PROTON berjaya menjual lebih 13,216 unit kenderaan pada Julai tahun ini, rekod tertinggi dalam tempoh 8 tahun sejak 2012.

Proton Saga Edisi Ulang Tahun

Empat model muncul tarikan utama pembeli dengan Proton Saga sekali muncul kenderaan segmen-A paling popular dengan 5,421 unit terjual – 1,100 daripadanya hasil daripada edisi khas ulang tahun.

Proton X70

Proton X70 turut meneruskan populariti dengan lebih 3,087 uni terjual sekaligus mengukuhkan kedudukan selaku SUV paling laku.

Proton Persona

Proton Persona dan Exora turut merekodkan penjualan baik dengan 3,043 unit (Persona) dan 792 unit (Exora) berjaya dijual.

Saga, X70, Persona Dan Exora Bantu PROTON Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan