Bikesrepublic

Satu Dalam Tiga Belas Pemandu Kenderaan Berat Positif Dadah – Loke

Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke berkata bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu dalam tiga belas pemandu kenderaan berat dan awam didapati positif dadah.

Beliau juga berkata,  “Dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan dari 1 Ogos hingga 4 Ogos lalu menunjukkan seramai 21 orang pemandu dikesan positif dadah hasil daripada pemeriksaan saringan ujian urin terhadap 276 orang pemandu kenderaan perdagangan.

“Kita tidak berkompromi dengan pemandu-pemandu yang tidak kompeten dalam mengendalikan kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam,” katanya.

Oleh yang demikian, kementeriannya ingin merombak semula Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) agar dapat memasukkan hukuman yang lebih tegas kepada pemandu-pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Ini kerana undang-undang yang sedia ada tidak cukup tegas dalam menghukum pemandu yang mengambil dadah, kerana suspek tidak boleh didakwa sekiranya dia tidak terbabit dalam sebarang kemalangan.

Namun, kata Loke, sekiranya pemandu disaring positif dadah dalam operasi sekatan jalan raya, hanya tindakan penggantungan lesen saja dilakukan mengikut Seksyen 36.

“Kementerian ketika ini dalam proses meminda Akta 333 namun kita lihat ada kebimbangan dalam penggunaan dadah oleh pemandu kenderaan perdagangan dan berdasarkan hukuman semasa, kita tidak mahu menunggu kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu ini.

“Jadi adalah menjadi keperluan untuk kementerian menghentikan aktiviti mengambil dadah dalam pemanduan dan saya sendiri akan berbincang dengan lebih lanjut dengan pegawai kementerian serta pegawai undang-undang untuk melihat perkara ini dari aspek undang-undang yang lebih tegas,” katanya.

“Saya tidak menerima istilah mengambil dadah secara kasual dalam pemanduan kenderaan, kerana kesannya adalah sama seperti mereka yang mabuk iaitu mereka akan khayal dan boleh mempengaruhi pemanduan termasuk memandu secara laju.

“Mereka ini mungkin menggunakan dadah untuk merangsang pemanduan jarak jauh,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Persiaran dan Ekspres) yang diadakan bermula pada 2 hingga 31 Julai lalu, sejumlah 19,456 kenderaan sudah dikenakan tindakan.

“Daripada jumlah itu, 667 kenderaan dikenakan tindakan, dengan 14 daripadanya disita.

” Hasil pemeriksaan daripada 2,547 pemandu bas persiaran dan ekspres, seramai 26 pemandu juga disaring positif dadah,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan