Bikesrepublic

Sayap pada motosikal MotoGP (Winglet) – Apa Gunanya?

ducati-winglet

Pada musim 2015 yang lepas, Ducati telah muncul sebagai salah satu pasukan yang mampu mencabar pasukan teratas dalam MotoGP iaitu Yamaha dan Honda. Ducati mempunyai mesin yang berkuasa, malah sangat berkuasa terutamanya pada jalan lurus. Ini menyebabkan mesin Ducati akan cenderung untuk terangkat depannya kerana kuasa yang banyak dari tayar belakang. Satu cara untuk mengatasi masalah tayar depan ini terangkat adalah dengan mengurangkan kuasa yang disalurkan kepada tayar belakang, samada dengan pengawalan dari ECU atau dari kawalan trotel dari penunggang. Keadaan ini menyebabkan kuasa sebenar motosikal itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jadi, apa caranya? Jurutera aerodinamik Ducati mengambil satu langkah bijak dengan memperkenalkan satu sayap kecil pada musim 2015. Ini lebih dikenali sebagai ‘winglet’. Sekarang, pada musim 2016, Ducati masih mengambil langkah tersebut untuk menggunakan winglet pada mesin mereka. Malah kali ini, saiznya lebih besar.

Apa winglet lakukan adalah memberikan lebih tekanan bawah (downforce) kepada mesin lumba Ducati dan sememangnya ini akan membolehkan kuasa yang banyak disalurkan kepada tayar belakang tanpa berlaku angkatan pada tayar depan.

Yamaha-winglet

Mengejutkan saya adalah pasukan dari Yamaha, Jorge Lorenzo turut menggunakan winglet ini dengan bentuk dan saiz yang berlainan. Winglet pada mesin Yamaha lebih tajam dan lebih besar. Saya juga melihat pada mesin Rossi, tetapi nampaknya tiada winglet pada mesin itu.

VRossi-no-winglet

Adakah Yamaha dan Ducati sahaja yang menggunakan winglet ini? Tidak. Honda juga menggunakan winglet ini dan ini dapat dilihat pada penggunaan kedua-dua mesin yang digunakan oleh Marquez dan juga Pedrosa.

marquez-winglet

Winglet pada mesin Honda kecil dan mungkin hanya sekadar ujian untuk melihat keberkesanannya dalam perlumbaan pertama nanti.

pedrosa-winglet

Mesin Pedrosa juga mempunyai winglet yang sama seperti mesin Marquez.

Apapun, ini mungkin salah satu perkara yang biasanya akan menjadi satu teknologi baru yang akan dibawa turun kepada motosikal pengguna. Kawasaki H2R telah membawa teknologi sayap ini ke jalan biasa.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan