Bikesrepublic

Sejarah Boon Siew Honda – Bagaimana Ianya Bermula

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Sejarah Boon Siew Honda bermula sejak tahun 1950-an apabila seorang lelaki berusia 43 tahun dari Pulau Pinang telah pergi bercuti ke Jepun dan telah ternampak motosikal Honda Cub.
  • Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew memutuskan untuk membawa balik beberapa model ke Malaysia bagi membantu negara mencari mod pengangkutan yang sesuai dalam usaha membangunkan semula negara selepas Perang Dunia II.
  • Bersama dengan Soichiro Honda, Boon Siew Honda berjaya menjadikan motosikal Honda sebagai sebutan ramai menjelang tahun 1970-an apabila mereka memperkenalkan Honda C70 yang amat popular.

Mendiang Dato Loh Boon Siew bersama dengan Encik Soichiro Honda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya adalah pada tahun 1958, ketika seorang lelaki berusia 43 dari Pulau Pinang telah pergi ke negara Jepun dan terpandang sesuatu yang akan mengubah hidupnya serta industri permotosikalan Malaysia selamanya. Pada waktu itu, mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew melihat sebuah motosikal Honda dan beliau terpana dengan kecantikan serta dengan kepraktikalannya dan kerana beliau seorang usahawan yang berpandangan jauh, beliau telah memutuskan untuk membawa pulang beberapa buah motosikal Honda Cub balik ke Malaysia untuk menguji pasaran negara. Model-model berkenaan merupakan Honda C100 Dream dan Honda Bealy.

Honda Super Cub 1958

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan idea yang bahawa motosikal-motosikal Honda Cub ini merupakan pilihan yang bertepatan untuk orang Asia yang kecil untuk bergerak ke sana sini dengan mudah tanpa sebarang gangguan pada harga yang berpatutan, mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew menjangkakan yang ianya akan mendapat sambutan hangat dan pada masa yang sama akan membantu dalam usaha membangunkan semula negara setelah dijajah oleh Jepun semasa Perang Dunia II. Baru sahaja mendapat kemerdekaannya, Malaysia memerlukan sesuatu untuk berjaya dan beliau telah ternampak satu peluang yang hebat untuk menjadi sebahagian besar dari usaha ini, terutamanya dari segi bagaimana orang Malaysia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap individu hebat pasti mempunyai cita-cita mereka sendiri untuk dicapai dan untuk Loh Boon Siew, beliau ingin merevolusikan industri permotosikalan Malaysia dan Encik Soichiro Honda pula mempunyai semangat membara untuk membangunkan mod pengangkutan yang cekap serta pada harga yang berpatutan. Ianya bagaikan mentega dan kaya di atas roti bakar; bahan-bahan yang hebat secara sendirinya namun apabila digabungkan bersama, kenikmatannya lebih terasa.

 

 

 

 

 

Boon Siew dan Soichiro Honda bersetuju untuk menubuhkan subsidiari Honda di Malaysia dan tidak lama selepas pertemuan bersejarah itu, bilik pameran Honda pertama di Malaysian telah dibuka di Pulau Pinang di Pitt Street. Pada waktu ini jugalah Honda Motor Co Ltd (Honda Japan) telah melantik syarikat Encik Loh Boon Siew sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya merupakan beberapa tahun yang dipenuhi pancaroba dengan tanggapan orang tempatan mengenai motosikal Honda yang tidak begitu popular pada waktu itu terutamanya dengan model Honda C50 yang tidak mampu mengendalikan landskap Malaysia yang agak kasar ketika itu. Dengan kesungguhan dan semangat tidak mengalah, kedua-dua Loh Boon Siew dan juga Encik Soichiro Honda sendiri telah membangunkan motosikal Honda C70 pada tahun 1970 yang telah menjadi pemangkin hebat bagi anjakan paradigma yang bersejarah. motosikal C70 muncul sebagai motosikal 70-80cc paling popular di Malaysia dan masih lagi diminati ramai hingga ke hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Usahasama perniagaan ini diteruskan dengan pengimportan Honda Cub atau kapchai ke dalam negara namun Boon Siew merasakan keseluruhan proses ini dapat dilakukan dengan lebih cekap lagi dan pada masa yang sama menjadikan motosikal-motosikal cub ini lebih murah. Sebuah kilang telah dibina dengan segera di Pulau Pinang pada tahun 1968 bagi membantu mengurangkan kos dan juga untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk motosikal Honda cub di Malaysia. Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Boon Siew Honda, satu langkah yang menjadikannya nama yang cukup tersohor hingga ke hari ini.

Motosikal Honda Super Cub diperkenalkan kemudiannya dengan cogan katanya yang cukup terkenal “You Meet the Nicest People on a Honda”, jualan meningkat dengan mendadak hingga ia dianggap sebagai motosikal paling berjaya di seluruh dunia sepajang zaman. Kejayaan seluruh dunia terutamanya di rantau Asia Tenggara adalah hasil usaha Boon Siew Honda. Dari permulaan yang kecil dengan didikan yang tegas tanpa sebarang pendidikan formal, Tan Sri Dato Loh Boon Siew menjadi “Mr Honda” Malaysia dan juga salah seorang usahawan terkaya di dalam negara kita.

Menjelang 1980, Boon Siew telah mencapai satu pencapaian yang bersejarah menghasilkan 500,000 buah motosikal. Dalam jangka masa 6 tahun sahaja, Boon Siew Honda telah menghasilkan motosikal ke-sejutanya dalam tahun 1986. Jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kini, lebih daripada dua juta unit telah dihasilkan dan dijual diseluruh negara. Pada 2018, Boon Siew Honda dijangka akan mencapai jumlah pengeluaran 5 juta-nya di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas 59 tahun, Boon Siew Honda masih lagi teguh di pasaran Malaysia dan juga Asia Tenggara dengan bilangan model yang berjaya di bawah keluaran mereka termasuklah Honda EX5 yang telah berjaya mendapat status legenda. Walaupun selepas 30 tahun sejak pengenalannya, motosikal EX5 kekal sebagai motosikal paling ikonik dalam negara dan ia bermula dari slogan yang ringkas tetapi berinspirasi “Passion towards Dream“.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube