Triumph telah mengumumkan penambahan terbaru dalam rangkaian mereka dengan Daytona 660 yang baharu.
Daytona 660 menggunakan enjin 660cc yang diperbaharui dan kini mempunyai 95PS pada 11,250rpm dan tork sebanyak 69Nm pada 12,650rpm, dan menawarkan penghantaran kuasa yang lancar, responsif, dan linear di seluruh spektrum rpm.
Dengan peningkatan kuasa kuda sebanyak 17% dan peningkatan tork sebanyak 9% berbanding rakan sekelasnya iaitu Triumph Trident, Daytona 660 yang baharu ini juga dilengkapi dengan sistem ekzos baharu yang menampilkan 3 saluran ke 1.
Showa upside-down big piston 41mm forks, Showa preload adjustable monoshock RSU, dan brek empat piston radial dengan disc 310mm berkembar mengukuhkan prestasi Daytona 660.
Triumph yang baharu ini juga menampilkan ketinggian tempat duduk 810mm dan kedudukan bar dan footpeg yang selari. Teknologi yang menumpukan kepada pengendali termasuk tiga mod pemanduan (Sport, Street, dan Rain) yang mengoptimumkan respons throttle dan traction control.
Instrumen berfungsi merangkumi skrin TFT warna yang disatukan ke dalam paparan LCD putih atas hitam. Padu dan dengan reka bentuk yang ringkas, semua maklumat pengendali jelas dipaparkan dan mudah dibaca dalam pelbagai keadaan cahaya.
Unit kemas ini serasi dengan Sistem Sambungan My Triumph yang membolehkan navigasi, interaksi telefon, dan muzik. Semua fungsi dipaparkan dengan jelas di skrin TFT dan dikawal melalui suis-gear untuk kemudahan penggunaan.
Lampu hadapan LED berkembar dan bodywork minimal menekankan profil atletik, berakhir dengan lampu belakang LED yang berkontur.
Triumph Daytona 660 mempunyai jarak servis 16,000km dan jaminan kilometer tanpa had selama dua tahun. Harga Daytona 660 pula belum didedahkan lagi.