-
Dua minyak enjin Shell Advance & minyak gear
-
Dirumus khas dengan Teknologi PurePlus and Active Cleaning
-
Penambahbaikan pembersihan dan prestasi enjin
Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir enjin khas untuk skuter hari ini. Pelancaran telah diadakan di Shell Batu 3, Shah Alam. Barisan minyak pelincir dan minyak gear terbaru dari Shell Advance adalah Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance. Barisan baru ini telah ditambahkan pada Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 yang telah ada di pasaran sejak 2014.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Encik Shairan Huzaini telah melancarkan produk minyak pelincir skuter terbaru dari Shell Adcance. Turut hadir adalah salah seorang pelumba MotoGP dari pasukan Ducati iaitu Andrea Dovizioso.
Barisan terbaru minyak pelincir dari Shell Advance ini telah dirumus khas bagi kegunaan skuter yang biasanya berjalan dengan kadar RPM yang lebih tinggi dari motorsikal-motorsikal yang lain. Dengan teknologi PurePlus dan Active Cleaning, ia mampu membersihkan enjin 33% lebih baik, mengekalkan kestabilan pengoksidaan 43% lebih lama berbanding minyak pelincir biasa dan mampu mengekal kelikatan 42% lebih lama dari had API.
Terdapat lebih dari 12 juta motorsikal yang terdapat di Malaysia dan 11 peratus adalah skuter. Dengan enjin yang kecil dan transmisi otomatik, skuter memerlukan minyak pelincir yang dirumus khas bagi prestasi tersebut.
Sempena pelancaran minyak pelincir skuter terbaru dari Shell Advance, mereka juga sedang merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ekspres penukaran minyak bagi motorsikal bawah 250cc di beberapa stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara.
Minyak pelincir terbaru skuter dari Shell Advance boleh didapati dengan harga-harga tersebut:
- Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40 – RM68.30 (SM) and RM68.70 (MT)
- Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 – RM32.50 (SM) and RM33.00 (MT)
- Shell Advance 4T AX5 Scooter 15W-40 – RM22.52 (SM) and RM22.80 (MT)
- Minyak Gear Skuter Shell Advance– RM12.00 (SM) and RM12.50 (MT)