- Kunjungi Shell Advance Ride-Thru di Shell MotoGP 2018 untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
- Anda akan menerima perkhidmatan yang terbaik dengan perbelanjaan minima serendah RM30 sahaja.
- Shell Advance Ride-Thru ini terletak di kawasan parkir P1.
Shell Advance Ride-Thru merupakan salah satu cara terbaik bagi menikmati pengalaman acara perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2018.
Kita semua sudah sedia maklum suasana di MotoGP. Anda menunggang ke Sepang dengan perasaan penuh teruja mengenai suasananya dan perlumbaan yang akan mengambil tempat. Anda termimpikan motosikal baharu yang akan diperagakan, peluang untuk berswafoto dengan model-model yang jelita, menangi hadiah istimewa, dan menyaksikan penunggang kegemaran anda beraksi.
Namun begitu, jalan raya mulai sesak sebaik sahaja anda menghampiri Litar Antarabangsa Sepang. Selain itu, anda perlu mencari tempat untuk memarkir motosikal anda. Kena belanja RM20 untuk parkir. Dan telah ada khabar angin mengatakan yang berlakunya kecurian bahagian motosikal. Jadi, apa penyelesaiannya? Shell Advance Ride-Thru.
Ia cukup mudah sekali:
- Tunggang ke kaunter.
- Pilih Pakej Shell Advance pilihan anda.
- Tinggalkan motosikal anda dengan mekanik terlatih.
- Shell akan membekalkan penapis minyak baharu – secara percuma!
- Bersantailah di ruang legar atau kunjungi kawasan astaka SIC.
- Motosikal anda akan diparkir di kawasan yang selamat bersebelahan tapak gerai setelah ianya diselenggara.
Ke semua ini dengan belanja minimum RM30 sahaja.
Tetapi, jika anda memilih Pakej Add-On, anda akan menerima:
- Isian semula minyak petrol Shell V-Power.
- Pelitup motosikal.
- Tiket hillstand.
Semua ini dengan tambahan RM30.
Jadi, bukan sahaja anda dapat menikmati perlumbaan dengan tenteram, tetapi, motosikal anda juga akan dijaga sebaik mungkin sehingga anda sedia untuk pulang.
NOTA TAMBAHAN: Perkhidmatan penyelenggaraan ini terbuka bagi motosikal 250cc ke bawah. Sila rujuk gambar di bawah.