Bikesrepublic

Shell Eco-Marathon Asia 2019: Litar Sepang Bakal Uji Kemampuan Rekaan Anak Muda

Make The Future Live bakal mempertemukan wakil perniagaan, akademik, kerajaan, rakan kongsi, universiti dan pelajar sekolah menengah bagi sama-sama meneroka masa depan bidang mobiliti dan tenaga di Litar Antarabangsa Sepang dari 29 April hingga 2 Mei ini.

Segalanya tertumpu pada Shell Eco-marathon Asia, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 dalam mencabar minda anak muda dalam mereka dan membina kereta jimat tenaga sebelum turun ke litar untuk berlumba.

Tahun ini, sebanyak 100 pasukan universiti dan sekolah menengah daripada 18 negara sekitar Asia Pasifik dan Timur Tengah akan berentap dengan inovasi masing-masing.

Untuk julung kalinya, perlumbaan di Litar Sepang akan diadakan sehingga lewat malam.

Sementara itu, para pelajar daripada Universiti Monash Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Multimedia bakal mewakili negara dalam menghasilkan rekaan terbaik!

Pengarah Urusan Make The Future Live, Norman Koch berkata, acara ini merupakan medan terbaik bagi para pelajar untuk menguji kemampuan masing-masing.

“Make The Future Live Malaysia merupakan platform untuk menjana inovasi dan kerjasama demi masa depan rendah karbon terutamanya di Asia yang mempersembahkan pelbagai cabaran.

“Litar Antarabangsa Sepang menyediakan pengalaman sebenar perlumbaan sekaligus memberi cabaran berlainan kepada para peserta,”katanya.

Setiap perwakilan akan berdepan cabaran Shell Eco-marathon Mileage – yang akan menguji kereta manakah yang mampu pergi lebih jauh menggunakan tenaga yang paling sedikit.

Tahun lalu di Singapura, pasukan pemenang berjaya pergi sejauh 2,341 kilometer dengan hanya menggunakan seliter minyak!

Dalam perkembangan lain, Shell Eco-marathon turut bakal menyaksikan penampilan sulung pelajar daripada University Kathmandu, Nepal.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Make The Future Live Malaysia dan Shell Eco-marathon Asia 2019, sila layari www.shell.my/makethefuture.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube