Bikesrepublic

Shell Malaysia Hulur Bantuan Kepada Barisan Hadapan Negara!

Shell Malaysia menawarkan sokongan terhadap barisan hadapan negara menerusi beberapa inisiatif dengan harapan membantu dalam mengurangkan beban yang dihadapi hero negara.

Antaraya, menyumbang hand sanitizer, air mineral, makanan dan minuman kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Malah, Shell turut menyumbang barangan keperluan kepada komuniti tempatan dan barisan hadapan menerusi stesen minyak Shell seluruh negara.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain menyifatkan inisiatif ini penting dalam mengharungi pandemik Covid-19.

“Untuk rakyat Malaysia terus hidup, penting untuk kita semua saling bantu-membantu antara satu sama lain. Shell komited dalam memastikan kehidupan komuniti berada dalam keadaan baik dan kami mahu melakukan yang terbaik dalam membantu barisan hadapan membendung pandemik ini.

“Kami juga memiliki barisan hadapan sendiri yang saban hari mengambil berat keperluan pelanggan. Sebagai perkhidmatan perlu, kami komited dalam memastikan rakyat Malayia mendapat keperluan masing-masing menerusi stesen minyak Shell,” jelansya.

Pada masa sama, bagi menghulur bantuan terhadap barisan hadapan, ahli Bonuslink boleh menawarkan sokongan dengan menyumbang setiap 100 mata -bersamaan RM1 – yang akan disalurkan kepada tabung Covid-19.

Sumbangan boleh dibuat menerusi www.bonuslink.com.my atau menerusi aplikasi Bonuslink.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube