Bikesrepublic

Showroom Aprilia dan Vespa Dengan Pusat Servis 3S DiBuka Di Melaka!

Didi Group, pengedar rasmi skuter Vespa & Aprilia di Malaysia, mengumumkan pembukaan showroom Vespa & Aprilia yang baharu di Klebang, Melaka.

Showroom baharu ini direka sebagai kedai konsep dinamik dan menampilkan kesemua model ikonik skuter Vespa & Aprilia. Tambahan pula, ia mempunyai pusat khidmat pelanggan yang komprehensif, menjadikannya destinasi untuk peminat dua roda di Melaka.

Bagi Didi Group, pelancaran Zen Sports menjadi satu momen penting dan mercu tanda baru, kerana ia adalah Vespa & Aprilia scooter 3S Showroom pertama di Melaka.

Sebagai pengedar 3S rasmi Didi Group di Melaka, Zen Sports memeluk Identiti Korporat showroom Piaggio yang baharu. Showroom ini mempunyai pelbagai model yang direka khas untuk memenuhi citarasa dan kehendak peminat skuter Vespa dan Aprilia, terutamanya di Klebang dan kawasan sekitarnya.

Bagi pelanggan sedia ada, Zen Sports (Ban Zen Motors Sdn Bhd), yang terletak di Lot 332, Klebang Besar, 75200 Klebang Besar, Melaka, menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif. Showroom ini dengan bangga mempamerkan semua model skuter Vespa dan Aprilia yang tersedia di seluruh negara.

Selain daripada Pusat Servis, fasiliti ini turut dilengkapi dengan ruang menunggu yang selesa dan pelbagai kemudahan gaya hidup, memberikan pengalaman memiliki yang lebih memuaskan kepada pelanggan yang sejajar dengan personaliti unik jenama-jenama tersebut.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube