Bikesrepublic

Sindiket Kereta Klon Aktif Kembali di Terengganu

Sindiket kereta klon dikesan kembali aktif menjalankan kegiatan itu susulan beberapa penemuan dan penahanan kenderaan terbabit, termasuk kenderaan mewah, akhir Disember lalu.

Permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai terutama mereka yang berkeinginan memiliki kenderaan mewah dengan harga murah mendorong sindiket mengaktifkan semula kegiatan itu yang dikatakan semakin ‘perlahan’ berdasarkan kepada jumlah kes yang direkodkan semakin menurun sejak 2016.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Zamri Sameon berkata, orang ramai yang membeli kereta klon ibarat menjerat diri sendiri dan bakal menanggung kerugian kerana pihaknya pasti akan dapat mengesan setiap kenderaan klon.

Setiap kenderaan yang diklon akan disita dan selepas disahkan klon menerusi pemeriksaan secara terperinci, kes itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan permohonan lucut hak.

Saya ingatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan sindiket berkaitan, terutama kenderaan mewah yang bernilai ratusan ribu ringgit di pasaran.

Jangan ambil risiko. Dokumen berkaitan kenderaan terbabit, termasuk cukai jalan juga adalah palsu,” katanya ditemui di JPJ negeri, hari ini.

Zamri berkata, beberapa jenis kenderaan yang dikategorikan sebagai mewah dan murah dikatakan menjadi ‘umpan’ sindiket bagi menarik keinginan orang ramai untuk membelinya.

Menurutnya, model yang paling banyak dikesan adalah Honda membabitkan model Odyssey selain Jazz serta beberapa jenama lain seperti Toyota Alphard, Subaru dan Volkswagen.

Suatu ketika dahulu, Terengganu memang menjadi sasaran sindiket memasarkan kenderaan klon dan berdasarkan rekod pada 2016, kita menyita 66 buah,” katanya

Kata beliau, berikutan itu, operasi besar-besaran dijalankan dan pada 2017, bilangan kenderaan klon yang disita turun mendadak kepada 19 buah, 2018 (23), 2019 (18), 2020 (7) dan masing-masing dua pada 2021 serta 2022.

Namun katanya, pihaknya percaya sindiket terbabit kembali aktif dengan peningkatan jumlah yang kenderaan yang disita iaitu masing-masing empat buah pada 2023 dan tahun lalu.

JPJ akan meningkatkan semula operasi bagi mengekang kemasukan kenderaan klon di negeri ini sebelum ia menjadi ‘barah’ selain mengelak orang ramai menanggung kerugian besar kesan daripada memiliki kenderaan terbabit,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan