BYD, yang sudah merupakan gergasi kereta elektrik global, nampaknya merancang untuk membina skuter elektrik BYD mereka sendiri.
Terdapat banyak khabar angin mengenai perkara ini sebelum ini, dan masing-masing telah dinafikan oleh BYD sendiri. Tetapi nampaknya mereka mungkin bertukar fikiran agar dapat memasuki satu pasaran yang besar. Mereka sudah pun menjadi pembuat bateri EV kedua terbesar di dunia, dengan memiliki 15.8 peratus daripada jumlah pasaran pada 2023. Syarikat itu berdedikasi untuk teknologi bateri EV dan bateri “Blade” mereka membolehkan beban tinggi dengan pengecasan semula yang cepat dan jangka hayat yang panjang berbanding bateri litium-ion yang lain.
Syarikat itu tidak asing dengan motosikal kerana mereka membekalkan bateri kepada pengeluar motosikal dan basikal elektrik lain. Bagaimanapun, ini merupakan langkah pertama mereka untuk menghasilkan motosikal berjenama mereka sendiri.
Lukisan paten yang telah dibocorkan menunjukkan skuter yang standard, seperti Yamaha XMAX 250/300 yang sangat popular. Jelas kelihatan ialah fork jenis terbalik, lekap kaliper brek depan, dan penyerap hentakan berkembar di belakang. Walaubagaimanapun, paparan ini tidak termasuk saiz dan kuasa motor serta kapasiti bateri.