Bikesrepublic

SM Sport 110R Kembali Dengan Grafik Baharu!

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, model keluaran Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, SM Sport 110R mencatat penjualan memberangsangkan.  Menghargai sambutan baik yang diterima, SM Sport 110R kini didatangkan dengan grafik baharu yang lebih menarik dan bergaya.

Memahami budaya ‘riding’ di Malaysia, SM Sport 110R turut dilengkapi teknologi Sistem Suis Penjimatan Bahan Api bagi memastikan penggunaan minyak yang lebih rendah untuk perjalanan yang lebih jauh.

Selain memiliki enjin 109cc SOCH dengan fungsi penyejuk udara yang menepati piawaian EURO 3 sepertimana ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), SM Sport 110R turut memiliki beberapa ciri keselamatan penting antaranya, ‘day time running light’, lampu isyarat LED depan dan belakang, sistem suspensi KYB, dan suis anti-kecurian.

SM Sport 110R dijual pada harga RM3,918 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km.

Maklumat terperinci sila rujuk di bawah:

Enjin & Transmisi

 

Jenis Enjin

SOHC-4 lejang Euro3

Anjakan(cc)

109

Bore x stroke(mm)

Ø50.0 X 55.5

Max.Power

4.8kW/7500 rpm

Max.Torque

7.0Nm/7000 rpm

Nisbah Mampatan

9.5:1

Pencucuhan

CDI

Penghidup

Elektrik & Tendang

Jenis Kluc

Plat basah berbilang cakera

Ukuran Fizikal

 

Berat Kering (kg)

105 kg

Ketinggian Pelana (mm)

770

Panjang Keseluruhan(mm)

1960

Pelepasan Tanah (mm)

155

Jarak Roda (mm)

1275

Chasis dan dimensi

 

Rim Depan & Belakang

Aluminium Alloy

Suspensi Depan

Teleskopik

Suspensi Belakang

Penyerap hentak

Tayar Depan

70/90-17 (tanpa tiub)

Tayar Belakang

80/90-17 (tanpa tiub)

Brek Depan

Cakera

Diameter Brek Depan (mm)

220

Ciri-ciri lain

 

Kapisiti Tangki Minyak (L)

4L

Bateri

12V6Ah Bebas Selenggara (MF)

Kelajuan

4- kelajuan

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube