Awal tahun ini, timbul khabar angin mengatakan terdapat satu lagi varian baharu Ducati Multistrada V4 akan diperkenalkan.
Maklumat itu tersebar menerusi dokumen EPA yang telah difailkan di Amerika Syarikat dengan laporan antarabangsa mendakwa motosikal terbabit merujuk kepada Multistrada V4 Pikes Peak Edition.
Dalam laporan terbaru, Moto.it, berjaya mendapatkan beberapa foto “spyshot” yang mengesahkan varian baharu Multistrada V4.
Menariknya, gambar tersebut mendedahkan beberapa perkara antaranya kembalinya penggunaan swingarm jenis single-sided yang cukup ikonik bagi jenama Itali itu.
Bukan itu sahaja, foto terbabit turut memaparkan penggunaan rim saiz 17″ jenis forged aluminium dari Marcheseini berbanding saiz 19″ yang terdapat pada Multistrada V4, V4 S dan V4 S Sport.
Difahamkan, jentera ini akan diperkenalkan sebagai model 2022 dan akan dilancarkan hujung tahun ini. – Moto.it