Bikesrepublic

Streetfighter V4 Model Paling Laris Ducati Tahun 2020

Tahun 2020 sememangnya memberi kesan besar terhadap segala aspek termasuk segmen automotif susulan kemunculan pandemik Covid-19.

Tidak hairanlah, Ducati juga antara yang terkesan apabila penjualan motosikal merosot hampir 10 peratus berbanding tahun 2019.

Menurut Ducati, tahun 2020 menyaksikan hanya 48,033 unit dijual seluruh dunia berbanding pada tahun 2019 yang menyaksikan 53,183 unit terjual sekaligus menandakan penurunan 9.7 peratus.

Itali merupakan antara negara yang terjejas teruk dengan Covid-19 tahun lalu dengan segala kilang pengeluaran termasuk Ducati terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, kilang Borgo Panigale itu bangkit dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat di samping dibantu pasaran lain antaranya di China dan Eropah.

Sementara tu, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, menyifatkan tahun 2020 sebagai rumit dan mencabar bagi syarikat itu.

“Tahun 2020 agak kompleks dalam pelbagai segi tetapi kami berjaya bangkit untuk menghidupkan semula pasaran dua roda pada Jun (2020) dengan mencapai penjualan baik pada separuh masa kedua 2020 berbanding jangkaan awal kami pada Mac,” jelasnya.

Tahun 2020 menyaksikan Ducati Streetfighter V4 muncul jentera paling popularr dengan 5,730 unit diserahkan kepada pelanggan seluruh dunia.

Ducati dijangka akan mencatat penjualan lebih baik pada tahun 2021 dengan pelancaran Multistrada V4 dan Monster 950 baru-baru ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan