Bikesrepublic

Suzuki Burgman 400 Dan GSX-S1000 Dah Ada Di Pengedar – Dari RM45,999

Selepas kejayaan memperkenalkan V-Strom 650 XT, SV650, GSX-R1000, GSX-R1000R, Katana 1000, V-Strom 1050 XT dan Hayabusa sebelum ini, Suzuki Malaysia akan terus mengukuhkan jenama motosikal Jepun itu di Malaysia dengan dua model baharu.

Berdasarkan hantaran terbaru di Facebook, Suzuki Malaysia memperkembangkan portfolio dengan model ‘hyper-naked’ Suzuki GSX-S1000 dan skuter maxi, Burgman 400.

Suzuki GSX-S1000

Suzuki GSX-S1000 merupakan versi yang lebih berkuasa daripada GSX-S750 dan memasuki generasi kedua, selepas enam tahun generasi pertama diperkenalkan pada 2015.

Selain datang dengan rekaan serba baharu, GSX-S1000 juga menerima pelbagai naik taraf terkini antaranya enjin 999cc 4-inline itu kini mencapai standard Euro 5 dan berupaya menghasilkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi sebelumnya.

Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu.

Suzuki GSX-S1000 ini juga datang dengan pakej elektronik lengkap yang merangkumi:

  • Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Clutch Assist System
  • Quickshifter
  • Traction Control dengan lima mod berbeza
  • Suzuki low-rpm assist

Berdasarkan harga yang dimuat naik salah satu pengedar Suzuki Malaysia, Suzuki GSX-S1000 ini ditawarkan pada harga RM76,900.

Suzuki Burgman 400

Segmen skuter maxi di Malaysia bakal menjadi lebih rancak dengan Suzuki Burgman 400.

Skuter maxi ini telah dinaik taraf dengan enjin 400cc satu silinder yang telah dipertingkat dengan penggunaan twin-spark bagi menjaminkan pembakaran yang lebih efisien.

‘Timing’  enjin juga telah diolah agar lebih mudah dihidupkan, serta lebih lancar sewaktu ‘idling’. Enjin Burgman 400 ini juga mencapai standard Euro 5.

Meskipun rekaan keseluruhan tampak tak berubah namun, Burgman 400 ini didatangkan dengan fungsi elektronik terkini antaranya traction control dan ABS.

Ruang bawah tempat duduk juga cukup besar dengan kapasiti 42L sementara pencahayaan juga lebih baik dengan sistem lampu LED. Skuter ini juga dilengkapi soket 12V.

Buat masa ini, Suzuki Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi bagi kedua-dua model ini namun perkara itu dijangka akan dilakukan pada masa terdekat.

Merujuk kepada hantaran Facebook pengedar Suzuki Malaysia, Suzuki Burgman 400 ini dijual pada harga RM45,999.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube