Bikesrepublic

Suzuki Dedahkan Video Usikan GSX-1000 Katana!

Suzuki Katana Concept
  • Suzuki telah mendedahkan motosikal konsep Katana yang baharu sewaktu acara pertunjukan motosikal EICMA 2017.
  • Kini, pengeluar tersebut telah memuatnaik satu video usikan.
  • Motosikal Suzuki Katana baharu dijadual akan diperkenalkan sewaktu Intermot pada 2 Oktober.

Sewaktu Suzuki memperkenalkan motosikal Suzuki GSX1100S Katana pada tahun 1980, ia telah mencetus satu revolusi, dan mendapat ikutan di kalangan peminat tegarnya.

Suzuki telah pun memperkenalkan motosikal konsep Katana janaan GSX-R1000 yang baharu di acara pertunjukan motosikal EICMA di Milan pada tahun lalu, namun, tiada sebarang berita mengenainya semenjak itu, kecuali tentang pemohonan paten yang telah dilakukan oleh Suzuki. Sehinggalah hari ini. Saksikanlah video usikan di bawah ini.

Ia menunjukkan sebahagian daripada proses penempaan pedang katana sebelum berakhir dengan pesanan “Coming soon. Intermot 2nd October”. Itu hanyalah 25 hari lagi dari tarikh artikel ini dimuatnaik!

Bagaimana pun, kami merasakan yang motosikal konsep tersebut dilengkapi dengan terlalu banyak bahagian plastik dan berharap yang Suzuki akan mengubahnya apabila mereka memperkenalkan motosikal pengeluaran tersebut.

motosikal konsep Katana di EICMA

Motosikal Suzuki GSX1100S Katana 1980 adalah sebuah motosikal yang bercirikan konsep reka bentuk yang amat revolusinari, menggabungkan bahagian belakang tangki bahanapi dengan hadapan pelana. Pelananya sendiri juga mempunyai dua warna berbeza yang memberikannya rupa sebuah pelana tunggal perlumbaan. Reraupnya dibentuk menjadi muncung yang tajam, bertepatan dengan nama Katana-nya itu.

Konsep reka bentuknya itu, terutamanya gabungan pelana/tangki itu telah ditiru oleh pelbagai pengeluar motosikal yang lain. Atas sebab inilah model generasi pertamanya tetap tampak hebat walaupun selepas 38 tahun dan menjadi idaman penggemarnya.

Kemudiannya, pada tahun 1984, Suzuki memperkenalkan GSX750E Katana dengan lampu hadapan ‘pop-up’. Ianya satu-satunya motosikal dengan ciri tersebut.

Satu lagi fakta yang menarik mengenai motosikal ini ialah ianya merupakan rekaan Hans Muth, pereka utama di BMW. Di antara karya-karya hebatnya semasa dia bersama dengan pengeluar dari Jerman tersebut adalah model R90S dan R100S. Model R90S adalah motosikal pengeluaran pertama dengan ciri reraup pautan lampu hadapan, manakala motosikal R100S pula merupakan motosikal pengeluaran pertama dengan reraup penuh.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube