Bikesrepublic

Suzuki GSX-8S Masuk Malaysia Suku Pertama 2023?

Pameran motosikal EICMA 2022 telah pun melabuhkan tirai pada Ahad yang menyaksikan pelbagai model baharu/dikemas kini dipamerkan di Milan.

Antara yang mencuri tumpuan adalah dua model baharu dari Suzuki, babitkan GSX-8S dan V-Strom 800DE.

Laporan kami mengenai kedua-dua model ini terutamanya model ‘naked’ GSX-8S turut mendapat pelbagai reaksi apatah lagi kedua-duanya dikuasakan platform parallel-twin 776cc serba baharu. 

Dalam perkembangan terbaru, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia, Ahmad Faez Yahaya dalam perkongsiannya di Facebook mendedahkan bahawa GSX-8S akan dipasarkan di Malaysia sekitar Suku Pertama 2023. 

Makluman itu pastinya menggembirakan peminat Suzuki di Malaysia yang telah jatuh hati dengan model tersebut sejak diperkenalkan di EICMA. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. 

Enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah.

Platform baharu itu menghasilkan 81.7hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. 

Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT. 

Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down). 

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube