Bikesrepublic

Suzuki Katana 2019 Diperkenalkan Di Intermot

  • Suzuki telah memperkenalkan motosikal Suzuki Katana 2019 di pertunjukan motosikal Intermot.
  • Motosikal baharu ini menggabungkan elemen klasik model asal dengan idea yang baharu.
  • Enjinnya adalah berdasarkan kepada model GSX-S1000F dan menghasilkan 147p.

Kami tidak boleh bercakap bagi pihak anda semua, tetapi bagi pihak kami, ianya agak menjengkelkan apabila diusik berkali-kali mengenai motosikal Suzuki Katana 2019 yang baharu.

Sering kali kami mendapati diri berkata, “Cepatlah sikit perkenalkan motosikal ini!”, tiap kali kami mendapat sebuah video usikan baharu yang berakhir dengan pesanan mengenai Intermot. Tidak sabar rasanya kami menunggu.

Kini, pertunjukan motosikal Intermot telah pun tiba, dan Suzuki telah menepati janji mereka untuk memperkenalkan motosikal ini.

Motosikal baharu ini telah menggabungkan sebilangan aspek paling ikonik model Katana dengan rupa bentuk yang segar. Sebagai contoh, garisan tangki bahanapi bersepadu dengan garisan pelana, begitu juga panel lekuk lutut di bawah tangki bahanapi, lekuk di bawah tangki, sudut cerunnya serta warna pelindung angin mininya, pelana dua warna, kemasan warna perak yang dihiasi dengan perkataan “Suzuki” dalam warna merah yang menonjol, dan semestinya, logo Katana motosikal tersebut.

Dari segi mekanikal, enjinnya berdasarkan pada motosikal lumba naked GSX-S1000F. Enjin tersebut itu sendiri pula, telah diambil dari model GSX-R1000 2005. Mengapa pilih enjin yang diperoleh dari spesifikasi yang lebih ‘tua’? Kerana enjin tahun 2005 tersebut adalah enjin berlejang panjang dan mempunyai ‘low-down’ yang banyak dan keupayaan tahap pertengahan.

Enjin empat selari 999cc Katana yang baharu ini mampu menghasilkan sehingga 147hp.

Bagi elektroniknya pula, ia berkongsi kelengkapan yang sama seperti GSX-S1000F, bermakna ianya dilengkapi dengan pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod kuasa, kawalan cengkaman tiga tahap, ABS, klac gelincir, dan bermacam-macam lagi.

Sistem pencahayaannya juga telah dimodenkan, menggunakan lampu LED keseluruhan. Gugusan instrumen telah digantikan dengan sebuah skrin TFT LCD besar.

Dan kini yang tinggal hanyalah soalan terpenting bagi peminat di Malaysia. Adakah Suzuki Assemblers Malaysia akan membawa masuk model Katana ini ke tanah air kita? Berapakah harganya nanti? Harap-harapnya mereka akan membawa masuk model ini ke dalam Malaysia!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan