Bikesrepublic

Suzuki Malaysia Akan Melancarkan GSX-R Baharu, Persoalannya Yang Mana Satu?

Minggu lalu, Suzuki Malaysia mengumumkan mereka kembali beroperasi setelah lebih sebulan memaklumakn mengenai penutupan operasi.

Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) dicanang diambil alih oleh pihak pengurusan sama yang mengendalikan Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) sebelum ini meskipun masih belum ada pengumuman rasmi.

Kini, SMSB menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook mendedahkan mereka bakal ‘mengembalikan’ model sportsbike GSX-R.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3835497076495458

Persoalannya, model yang mana akan dilancarkan itu?

Terdapat pelbagai varian GSX-R dalam portfolio Suzuki bermula dari 150cc hinggalah ke 1000cc.

Bagaimanapun, merujuk kepada ruangan komen perkongsian di Facebook, jelas rata-rata mengharapkan Suzuki memperkenalkan varian mampu milik atau bawah 250cc.

Kami di MotoMalaya juga mengharapkan GSX-R itu merujuk kepada model 150cc yang telah pun dilancarkan di pasaran negara jiran, Indonesia dengan harga sekitar Rp27,900,00 (RM7,800 mengikut tukaran semasa).

April lalu beberapa warna baharu GSX-R150 turut diperkenalkan seperti dibawah:

Suzuki GSX-R150 didatangkan dengan enjin 147.3cc DOHC satu silinder yang menawarkan 19.17hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm dan digerakkan dengan transmisi 6-kelajuan.

Bagaimanapun, barangkali Suzuki Malaysia merujuk kepada jentera ‘flagship’ GSX-R1000R edisi terhad yang baru-baru ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-100.

Suzuki GSX-R1000R

Apa pun, teka-teki ini hanya akan dijawab pihak Suzuki Malaysia sendiri dalam masa terdekat.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube