Suzuki Malaysia sememangnya bekerja dengan keras sejak diambil alih pengedar baharu.
Setakat ini, Suzuki Malaysia telah pun memperkenalkan 13 model baharu setakat ini – yang merangkumi Raider R150 Fi, GSX-S150, GSX-R150, Burgman 400, SV650, V-Strom 650XT, GSX-S750, Katana, GSX-R1000, GSX-R1000R, V-Strom 1050XT, GSX-S1000 – dengan Suzuki GSX-S1000GT menjadi model terbaru diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Daripada 13 model tersebut, tiga daripadanya babitkan kapasiti 150cc manakala baki 10 model lagi menawarkan enjin antara 400cc hingga 1300cc.
Ini bermakna, Suzuki Malaysia masih ketandusan model 250cc yang merupakan segmen antara yang paling popular disini.
Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa Suzuki Malaysia akan memperkenalkan V-Strom 250 SX untuk pasaran tempatan.
Ini kerana, kelibat model itu menjalani ujian jalan raya di Malaysia telah mula kelihatan ketika kami berada sekitar perkarangan Suzuki Malaysia di Glenmarie.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan bila model itu akan diperkenalkan.
Namun, berdasarkan spesifikasi V-Strom 250 SX yang diperkenalkan di India, motosikal ADV tersebut didatangkan dengan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve Fi yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.
Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.
Antara ciri lain ditawarkan:
- fork depan teleskopik
- suspensi bekalang tungga
- cakera brek depan dan belakang
- tayar 100/90-19 depan
- tayar 140/7-17 belakan
- ketinggian tempat duduk 835mm
- jarak kelegaan tanah 205mm
- berat 167kg
- lampu LED penuh
Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yang memudahkan enjin dihidupkan.
Untuk pasaran India, Suzuki V-Strom 250 SX ini ditawarkan pada harga INR211, 600 (RM11,900).