Bikesrepublic

Syarikat Induk KTM, Pierer Mobility Group akan Membuang Pekerja Lagi

Syarikat induk KTM, Pierer Mobility Group akan membuang pekerja lagi. PMG yang juga merupakan syarikat induk bagi Husqvarna, dan GasGas, serta pemilik 50.1 peratus saham MV Agusta, telah mengumumkan bahawa mereka akan membuang pekerja lagi akibat jualan yang perlahan.

Syarikat itu tidak mengumumkan jumlah sebenar kakitangan yang akan diberhentikan. Ia merupakan suatu yang tidak disangka setelah menyaksikan KTM menggandakan kakitangannya “sejajar dengan pertumbuhan angka jualan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu”.

“Pengurangan kakitangan ini selepas bertahun-tahun kita meningkatkan pekerjaan adalah suatu yang menyakitkan,” menurut kenyataan Pierer Mobility Group, “tetapi perlu untuk mengekalkan dan menjamin daya saing kilang pengeluaran.”

Kenyataan itu menyalahkan kelembapan jualan pada 2024 atas ketidaktentuan pasaran di Eropah dan kadar faedah yang tinggi di AS. Akibatnya, PMG mengurangkan jumlah pengeluarannya di pangkalan Austria di Mattighofen, dan sebaliknya berusaha untuk memanfaatkan lagi perkongsian industri yang telah dibangunkannya di China (dengan CFMoto) dan India (dengan Bajaj).

“Disebabkan industri pembekal yang semakin tidak stabil di Eropah, Pierer Mobility Group menggunakan keadaan ekonomi yang menggalakkan di rantau-rantau ini (di luar Eropah) untuk memastikan daya saingnya. Industri pembekal yang cekap dan berkualiti tinggi sedang diwujudkan di sana.”

PMG mengatakan bahawa mereka menjangkakan penurunan jualan antara 10–15 peratus pada tahun kewangan 2024. Justeru itu mereka menjangkakan langkah penjimatan kosnya melalui pengurangan kakitangan dan jumlah pengeluaran di Eropah akan membolehkannya memulangkan modal bahkan mencapai keuntungan sebelum cukai pada 2024. “Lembaga Eksekutif menganggap bahawa penjimatan kos yang diperkenalkan pada tahun kewangan semasa akan dapat mengimbangi kesan negatif kemerosotan jualan sehingga satu tahap pendapatan sebelum faedah dan cukai seimbang atau kepada yang,” kata kenyataan itu.

PMG turut dijangkakan akan menghadkan beberapa projek perlumbaan motosikalnya.

Malah sudah terdapat khabar angin daripada  Kejohanan Dunia Motocross yang mencadangkan bahawa Husqvarna yang kini berlumba di dalam kelas MXGP tidak akan hadir pada tahun depan. Sebaliknya mereka hanya akan mengambil bahagian dalam kelas MX2 pada tahun depan sahaja.

Penarikan diri sedemikian meninggalkan hanya Jeffrey Herlings daripada Red Bull KTM sebagai wakil PMG dalam kelas perdana Kejohanan Motocross Dunia (MXGP).

Dalam MotoGP, GasGas tidak lagi akan menjadi jenama yang dikaitkan dengan pasukan Tech3, dengan itu sebaliknya menjadi pasukan KTM Red Bull yang kedua.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube