MForce Bikes Sdn. Bhd. turut melancarkan skuter maxi SYM Maxsym TL508 bersama SYM Husky 150.
Menurut kenyataan akhbar, ia mempunyai konfigurasi badan yang sempurna dengan pengagihan berat 50/50 (50% depan dan 50% belakang) untuk memastikan prestasi pengendalian yang cemerlang.
Ciri-ciri utama:
- Tidak seperti Husky 150, terdapat hanya ada satu varian untuk Maxsym TL508 dengan tiga pilihan warna tersedia iaitu Biru Indigo, Storm Grey dan Jet Black.
- Harga jualan pengenalannya ialah RM46,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
- Enjin ini diperbesarkan daripada 465cc dalam Maxsym TL500 kepada 508cc dalam Maxsym TL508 ini.
- Enjinnya jenis kembar selari 508cc yang menghasilkan 45.0 hp (33.5 kW) pada 6,750rpm dan tork 49.9Nm pada 5,250rpm.
- Tangki bahan api 12.5 liter.
- Terdapat kawalan cengkaman (TCS) dan ABS dwi saluran juga.
- Menurut Husky, TL508 juga mempunyai skrin TFT, namun saiznya tidak dinyatakan dalam siaran akhbar.
- Siaran itu juga tidak menyebutkan sama ada penunggang boleh menyambung telefon pintarnya ke TFT.
- Ciri penyalaan tanpa kunci sebagai standard.
- Pencahayaan dan isyarat LED penuh.
- Skrin depan boleh laras ketinggiannya.
- Pelana duduk dengan penutup anti-gelincir, dengan sokongan pinggang untuk penunggang dan penumpang.
- Waranti dua tahun tanpa had jarak.
- Perkhidmatan pembelian alat ganti tulen dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.