Bikesrepublic

2016 SYM Sport Rider 125i keluaran terbaru dari RM5,777*

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-11

SYM Malaysia melancarkan model SYM Sport Rider 125i baharu pada RM5,777 (asas termasuk GST).

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-1

SYM Malaysia telah melancarkan kapcai terbaru mereka hari ini di St Giles Wembley Hotel, Georgetown, Pulau Pinang, iaitu SYM Sport Rider 125i. Motor kapcai ini adalah motorsikal kategori 125cc pertama dari SYM yang dilengkapi dengan system suntikan bahan api (fuel injection).

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-4

SYM telah memilih negara Malaysia untuk melancarkan motor keluaran terbaru mereka. Motorsikal “super extreme” ini dilengkapi dengan pakej reka bentuk yang moden dan juga enjin 123cc sistem suntikan bahan api. Ia menjanjikan prestasi tinggi dan juga berbaloi dari segi ekonomi.

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-2

SYM Sport Rider 125i ini mempunyai enjin SOHC dua valve yang mampu menjana 9.5hp pada 8000rpm dan 10.8Nm tork pada 5500rpm. Moped ini juga mematuhi piawaian pelepasan Euro 3. Enjin ini mampu memindahkan semua kuasa kuda ke tayar belakang melalui transmisi putaran 4-kelajuan.

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-12

Reka bentuk ala-ala ‘superbike’ atau ‘naked bike’ jelas dilihat pada bahagian sisi, ekzos dan juga ‘fender’ belakang juga dapat dilihat pada SYM Sport Rider 125i ini. Meter digital LCD yang turut disertakan di dalam kapcai ini cukup bergaya dan juga mudah untuk dibaca.Kapcai keluaran SYM kali ini juga mempunyai tangki minyak yang agak besar iaitu 4.2 liter.

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-13

Lampu depan dan belakang LED yang disertakan menambahkan ciri keselamatan untuk memastikan motor ini dapat dilihat dengan senang walaupun dari jarak yang jauh. SYM juga menyediakan tempat duduk yang berasingan untuk penunggang dan pembonceng sebagai ciri keselamatan kapcai ini: bukan sahaja selamat, tetapi juga selesa untuk ditunggang.

MM_SYM_Sport_Rider_125i_launch_-5

Mengikut spesifikasi yang diberikan, system brek cakera hidraulik hadapan dan gelendong (drum) belakang mampu menghentikan moped seberat 107kg ini dengan senang. Suspensi jenis teleskopik hadapan dan lengan buai di belakang memberi kestabilan ketika menunggang di jalan raya.

Harga yang telah ditetapkan untuk moped 125cc ini adalah RM5,777 (harga asas bersama GST). Terdapat 3 jenis warna yang disediakan iaitu Merah, Biru dan Kuning. SYM juga menawarkan SYM Sport Rider 125i SE dengan warna istimewa Kelabu Matt dengan harga RM5,904.20 (harga asas bersama GST).

SYM juga menawarkan jaminan lanjutan selama 3 tahun atau 30,000km dan juga 1 tahun atau 10,000km jaminan untuk enjin SYM Sport Rider 125i ini. SYM Sport Rider 125i dan juga model SE boleh didapati menerusi pengedar-pengedar SYM di seluruh negara mulai September tahun ini.

2016-08-26 17-10-06 2016-08-26 17-10-06(2) 2016-08-26 17-10-06(1)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan