Bikesrepublic

Tak Sepatutnya Ambil Valentino Rossi – Razlan Razali

Bekas prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam temu bual bersama Speeedweek, membuat beberapa pendedahan dan pengakuan.

Pertamanya, Razlan – yang kini terajui RNF Racing menggantikan SRT di MotoGP bermula 2022 – mengakui tidak sepatutnya mengambil Valentino Rossi.

“Ramai yang berkata kepada kami bahawa kami tidak mempunyai pilihan selain menandatangani dengan Rossi pada 2021 kerana tekanan daripada Yamaha, tetapi ianya tidak seperti itu.

“Sejujurnya, saya tidak sepatutnya mengambil Rossi.

“Pada awalnya saya masih berasa skeptikal untuk mengambilnya dan sehinggalah Rossi mendapat podium bersama Quartararo dan Vinales di Jerez.

“Ketika itu saya terfikir mungkin dia masih mampu melakukannya,” jelasnya.

Bagaimanapun, jangkaan Razlan meleset apabila Rossi gagal pamer peningkatan di samping terkena jangkitan Covid-19.

“Prestasinya semakin bertambah buruk, tetapi kami sudah terlambat kerana keputusan telah dibuat.

“Saya rasakan Rossi telah meletakkan dirinya didalam tekanan namun pelumba muda yang lain jauh lebih pantas.

“Sebenarnya Rossi mencatat masa yang lebih baik berbanding sebelum ini tetapi ianya masih tidak mencukupi. Dia mahu menang. Hati dan fikirannya sudah bersedia tetapi badannya berkata tidak,” tambah Razlan.

Pada masa sama, Razlan akui seandainya dapat memutarkan masa, dia akan mengambil tawaran kontrak awal Petronas.

“Jika saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan menerima tawaran baharu Petronas pada Jun 2021.

“Tetapi ketika itu saya mahu berunding untuk mendapatkan lebih banyak dana,” jelas Razlan lagi. – Speedweek

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube