Bikesrepublic

Tawaran servis minyak pelincir Shell PERCUMA di MotoGP Malaysia, Sepang International Circuit

shell-advance-oil

Buat pertama kali dari mana-mana pihak pengeluar minyak pelincir enjin di negara ini, Shell Malaysia akan menawarkan servis tukaran minyak pelincir secara percuma kepada semua yang membeli minyak pelincir Shell Advance pada hujung minggu ini sempena MotoGP pusingan ke-17 di Sepang International Circuit (SIC).

Dengan nama rasmi Shell Advance Ride-Thru Service, servis percuma ini disediakan untuk beberapa motorsikal terpilih bawah 250cc. Proses penukaran minyak pelincir ini akan dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit sahaja.

Sambil menunggu untuk servis percuma, pemilik-pemilik motorsikal boleh rehat dengan cukup selesa kerana Shell Malaysia akan menyediakan tempat menunggu yang sejuk disertakan dengan minuman ringan. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan servis mencuci visor topi keledar khas untuk penunggang motorsikal.

Proses penukaran minyak pelincir akan dilakukan oleh seramai 16 mekanik terlatih dari bengkel rasmi Shell agar para penunggang berasa senang hati dan yakin bahawa jentera-jentera mereka diservis oleh pihak yang berpengalaman.

Minyak pelincir Shell Advance boleh dibeli di tempat letak kereta P1 atau di Welcome Centre, Sepang International Circuit (SIC).

Program ini akan dijalankan di tempat letak kereta P1, bertentangan dengan pintu masuk SIC yang menuju ke arah Welcome Centre. Beberapa papan tanda akan ditempatkan menuju ke arah tempat letak kereta P1 untuk membantu para penunggang sampai ke tempat servis Shell Advance dengan mudah.

Servis penukaran minyak pelincir ini akan bermula pada hari Jumaat ini (28 Oktober 2016) hingga Ahad (30 Oktober), dari 9 pagi hingga 5 petang.

Para pelanggan juga akan mendapat peluang untuk memenangi sesuatu yang istimewa dari “Wheel of Fortune” dimana mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup istimewa seperti ‘Steam Wash’ percuma setelah motorsikal mereka selesai diservis.

Tekan sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube