Bikesrepublic

Teknologi Variable Valve Timing (VVT) Baharu Untuk Honda CBR1000RR Fireblade Baharu?

  • Honda telah memfailkan paten bagi teknologi ‘variable valve timing’ (VVT) baharu mereka.
  • Adakah teknologi ini bakal dilengkapkan pada model CBR1000RR Fireblade baharu mereka?
  • VVT menawarkan kuasa dan juga pematuhan kepada piawaian emisi.

Honda telah memfailkan satu paten bagi sebuah teknologi ‘variable valve timing’ (VVT) yang baharu, baru-baru ini. Adakah teknologi ini untuk model Honda CBR1000RR Fireblade baharu yang mungkin akan membuat kemunculannya pada tahun 2020? Atau ianya juga bakal dilengkapkan untuk rangkaian model yang lain-lain?

Sistem VVT baharu Honda ini mirip kepada sistem ‘ShiftCam’ BMW yang menukar cam.

Setiap silinder telah dilengkapi dengan dua ‘cam lobes’ yang khusus, satu untuk kitaran rendah dan satu lagi untuk kitaran yang lebih tinggi. Seperti mana dalam sistem BMW, aci sesondolnya ke hadapan dan belakang bagi membolehkan ‘cam’ yang tertentu untuk bertindak ke atas ‘finger followers’, yang mana sebaliknya akan membuka injapnya. Bagaimana pun, sistem Honda berbeza apabila ianya juga dikerjakan sewaktu cam ekzos.

Sistem baharu ini berbeza berbanding sistem ikonik “Variable Vale Timing & Lift Electronic Control” (VTEC) Honda. Ia mengerjakan dan melepaskan satu set ‘cam lobes’ bergantung pada muatan enjin, di mana ‘cam lobes’ sistem baharu ini berputar pada masa yang sama.

Teknologi ‘variable valve timing’ bukannya sesuatu yang baharu dalam dunia motosikal. Pada ketika piawaian emisi menjadi semakin ketat dan pada masa yang sama, meningkatnya permintaan untuk kuasa yang lebih besar, VVT adalah penyelesaiannya. (Sila TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai VVT dan DVT.)

Hampir ke semua pengeluar menggunakan teknologi VVT pada masa kini, di mana ianya mula menjadi satu trend di kalangan motosikal lumba. Skuter Yamaha N-Max, NVX, X-Max juga turut dilengkapi dengan VVT.

Namun, Honda merupakan pengeluar pertama yang memperkenalkan VTEC dalam model kereta Integra 1989. Ianya mengambil masa satu dekad sebelum ianya diperkenalkan pada model Honda CB400 Super Four VTEC pada tahun 1999. Semenjak itu, model Ducati Multistrada 1220 dan pewarisnya, Multistrada 1260, Kawasaki 1400GTR, Suzuki GSX-R1000, semuanya secara amnya, telah menggunakan teknologi VVT ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube