Bikesrepublic

Tempahan Triumph Speed Twin 2021 Dibuka – Dari RM77,900!

Triumph Speed Twin sememangnya menetapkan petanda aras baharu bagi motosikal segmen klasik moden sejak diperkenalkan pada 2018.

Digerakan dengan enjin sama yang menghidupkan Thruxton R, motosikal jenis roadster ini telah dinaik taraf dengan beberapa ciri terbaru bagi 2021.

Enjin

Kemas kini utama memfokuskan bahagian enjin 1200cc High Power yang kini telah mencapai standard Euro 5.

Menariknya, enjin ini kini menawarkan pertambahan 3hp berbanding model sebelumnya sekaligus menyumbang kepada 98.6hp pada 7,250rpm dan 112Nm pada 4,250rpm.

Menurut Triumph, enjin baharu ini juga menghasilkan kuasa ‘mid-range’ yang lebih baik, lebih responsif di samping merendahkan inersia lebih 17 peratus.

Pengendalian

Aspek pengendalian jentera juga dipertingkat bagi memberikan tunggangan yang lebih selesa.

Antara ciri yang telah dinaik taraf adalah seperti berikut:

  • fork depan Marzocchi 43mm dengan katrij damping
  • penyerap hentakan (berkembar) belakang (boleh laras)
  • kaliper brek (depan) Brembo M50 4-piston dan kaliper Nissin 2-piston belakang
  • cakera brek berkembar Brembo 320mm
  • cakera brek 220mm belakang
  • ABS
  • tayar Metzeler Racetec RR

Elektronik

Triumph Speed Twin tampil dengan teknologi terkini bagi tahun 2021 antararnya sistem ride-by-wire yang menjaminkan respon throttle yang lebih efisien.

Speed Twin 2021 juga menawarkan tiga mod tunggangan; Rain, Road dan Sport yang dijamin memberikan pengalaman menunggang dengan tetapan respon berbeza mengikut kesesuaian penunggang.

Bukan itu sahaja, model ini juga tampil dengan penggunaan lampu LED dengan DRL (daytime running light), paparan digital dengan gabungan meter analog, port USB serta Tyre Pressure Monitoring System.

Aspek keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi immobiliser dengan transponder.

Bagi tahun 2021, Speed Twin ini ditawarkan dengan harga berikut:

  • Jet Black ColourRM77,900
  • Premium Metallic ColoursRM78,900

Menurut Fast Bikes Sdn Bhd, pelanggan yang membuat tempahan awal (RM500) sebelum 15 Julai ini akan menerima dua servis tukar minyak hitam secara percuma dan 35 peratus diskaun bagi barangan aksesori di samping memilih tiga pakej istimewa.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube