Bikesrepublic

TERKINI: MODENAS Vulcan S 650 Lancar Hujung Tahun Ini, Versys 650 Tiba Tahun Depan

Satu lagi pengumuman menarik daripada pihak MODENAS adalah mengenai model dua silinder 650cc.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, MODENAS akan turut memasang beberapa model 650cc secara pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, ketika ditemui di Gurun, Kedah mengesahkan bahawa antara model yang akan dipasang di sini babitkan Versys 650, Ninja 650 dan Z650.

*Kawasaki Vulcan S 650 2022

Menariknya, MODENAS akan memperkenalkan model 650cc seawal hujung tahun ini menerusi model Vulcan S 650.

Vulcan S 650 tersebut akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan dipasarkan pada penghujung 2022.

Vulcan S 650 digerakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 60 hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm.

Sementara itu, berita baik bagi kaki ‘touring’, MODENAS juga akan menjenamakan semula model ‘sport tourer’ popular, Versys 650 dengan Roslan mengesahkan bahawa model tersebut akan dilancarkan tahun depan.

MODENAS Versys 650 itu akan berlandaskan model Kawasaki Versys 650 terkini yang tampil dengan naik taraf terbaru antaranya skrin TFT dan fungsi ‘traction control’.

Seperti Vulcan S, Versys 650 juga dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dan menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube