Bikesrepublic

Tiada Lagi Tol Percuma untuk Musim Perayaan Tahun Ini

Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan tol percuma untuk musim perayaan tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berikutan kerajaan telah memutuskan tahun lalu adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma.

Katanya, keputusan berkenaan yang diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu bagaimanapun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.

“Kalau ikut keputusan itu (kabinet) tiada. Kalau ada mungkin ada pertimbangan lain, kita akan umumkan.(Mengenai tol percuma untuk Tahun Baharu Cina).

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang perinciannya kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini, hari ini.

Sambutan Tahun Baru Cina bermula 29 Januari ini merupakan musim perayaan pertama pada tahun ini.

Dalam pada itu, Alexander berkata, dianggarkan sebanyak 150,000 pengguna dalam masa sehari akan menggunakan WCE bagi perjalanan dari Pantai Barat Selangor ke Perak dan seterusnya bahagian Utara.

Kerajaan telah membelanjakan RM38 juta setiap tahun untuk pengecualian tol.

– KOSMO! ONLINE

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube