Bikesrepublic

Toyo Tires Lancar Proxes CR1 Serba Baharu Untuk Pasaran Malaysia – Dari RM160!

Pemilik kenderaan empat roda di Malaysia kini boleh menikmati produk terbaru dari Toyo Tires, Proxes CR1.

Memberi fokus terhadap empat aspek penting; Senyap, selamat, berkualiti tinggi dan selesa, Toyo Tires Proxes CR1 ini menjaminkan pengalaman pemanduan terbaik.

Proxes CR1 mengguna pakai bahan khas yang membantu merendahkan tahap bunyi lantas meningkatkan keselesaan pemanduan.

Susunan bahan berbeza yang menggabungkan ‘out-in different pitch arrangement’, dengan lapisan perlindungan bunyi mengurangkan kadar bunyi bising dari tayar.

Sementara itu, rekaan alur tayar membantu dalam penyingkiran air ketika memandu atas permukaan basah manakala rekaan ‘triple taper and rib’ meningkatkan tahap cengkaman di atas permukaan kering di samping merendahkan risiko kehausan tidak sekata.

Secara keseluruhan, Proxes CR1 mengurangkan lebih 11 peratus bunyi jalan dan serta dua peratus risiko berlakunya ‘aquaplanning’ berbanding model sebelumnya, Nano Energy 3.

Pemanduan juga lebih selesa hasil teknologi T-Mode dan Nano Balance.

Pada masa sama, Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye menyifatkan Proxes CR1 sebagai pilihan tayar sesuai untuk apa jua jenis kenderaan.

“Proxes CR1 adalah ideal untuk digunakan pada kenderaan Jepun dan Continental, khususnya kereta dan SUV segmen A hingga segmen D.

“Proxes CR1 pasti dapat memenuhi keperluan pemandu terutama bagi mereka yang menghargai tayar yang menawarkan prestasi unggul dan beraksi secara konsisten dalam kelajuan tinggi, baik di atas kondisi jalan basah dan kering,” jelasnya.

Proxes CR1 ini menawarkan 36 saiz pelbagai bermula dari rim 14 inci hingga 18 manakala Proxes CR1 SUV ditawarkan untuk saiz rim 17 hingga 19′.

Orang ramai boleh memiliki Proxes CR1 bermula dari haga RM160 hingga RM440 dn RM380 hingga RM580 bagi Proxes CR1 SUV.

Sementara itu, tawaran istimewa menanti pelanggan yang mendapatkan satu set Proxes CR1 akan menerima payung edisi terhad Proxes CR1.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube