Bikesrepublic

Toyota Corolla Cross Kini Di Malaysia – Dari RM124,000!

UMW Toyota Malaysia (UMWT) melancarkan Toyota Corolla Cross serba baharu untuk pasaran tempatan.

Untuk pasaran negara, Toyota Corolla Cross datang dalam dua varian, 1.8V dan 1.8G dan merupakan model CBU yang diimport dari Thailand dengan masing-masing ditawarkan dengan harga RM134,000 dan RM124,000.

Bagaimanapun, menurut UMWT, model pemasangan tempatan CKD akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini.

Seperti model baharu Toyota lain, Corolla Cross tampil dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), yang menjamin kestabilan serta ketahanan semasa pemanduan.

Corolla Cross ini menawarkan panjang keseluruhan 4,460mm, lebar 1,825mm dan ketiggian 1,620mm di samping jarak kelegaan tanah (ground clearance) pada 161mm.

Varian 1.8G merupakan model standard yang menawarkan lampu jenis halogen di bahagian depan serta LED di belakang manakala varian 1.8V tampil dengan pencahayaan Bi-LED penuh dengan fungsi Daytime Running Light (DRL).

Bagaimanapun, kedua-dua varian menawarkan tempat duduk dengan kemasan kulit serta pencahayaan LED di panel pintu manakala tempat duduk pemandu boleh diselaraskan secara elektronik.

Bahagian infotainmen tampil dengan skrin 9″ yang turut memaparkan imej dari ‘reverse camera’ manakala ruang hadapan pemandu menempatkan paparan 4.2″ Multi-Informaton Display (MID).

Sementara itu, Toyota Corolla Cross dikuasakan dengan enjin 1.8L DOHC dengan dual VVT-i yang menawarkan 137.2hp pada 6,400rpm dan 172Nm pada 4,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic (CVT).

Sewaktu sesi ujian pemanduan, kami dapati radius pusingan 5.2 meter (terbaik dalam kelasnya) memudahkan pemandu untuk membuat pusingan dengan lebih mudah dan selamat.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • Keterhubungan Apple CarPlay/Android Auto
  • Ruang letak barang 440L
  • Bukaan sudut depan 18 darjah
  • Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 (1.8V sahaja) menawarkan Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam
  • (AHB)
  • Digital Video Recorder (DVR)
  • Vehicle Telematic System (VTS)
  • 7 beg udara SRS
  • ISOFIX

Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan lima pilihan warna – Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube