Bikesrepublic

Treler Rempuh Enam Kenderaan, Masalah Brek

Masalah brek dipercayai punca sebuah treler rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Pahat, Johor semalam.

Dalam kejadian itu, treler yang sarat dengan muatan batu batu dipandu oleh seorang lelaki berusia 46 tahun merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku apabila lori terbabit dari Parit Sulong dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi dengan jalannya menuruni bukit, pemandunya mendapati treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit.

“Siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati kemalangan berlaku pada jam 3.47 petang.

“Rempuhan itu juga menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler terbabit bebas daripada pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kemalangan.

Justeru, katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah lori meluncur laju dan merempuh beberapa buah kenderaan Sri Medan.

Selepas merempuh beberapa kenderaan, lori terbabit kemudian berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube