Bikesrepublic

Triumph Bonneville 2021 Didedahkan – Kini Euro 5!

Triumph Motorcycles memperkenalkan tujuh model Triumph Bonneville yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu bagi 2021.

Ketika pelaksanaan Euro 5 menyaksikan pengeluar menghentikan pengeluaran beberapa model popular, Triumph Motorcycles menggunakan peluang itu untuk melaksanakan beberapa kemas kini bagi keluarga Bonneville.

Triumph Bonneville T120 dan T120 Black 2021

*Triumph T120 2021

Kedua model ini kini tampil dengan enjin 1200cc berstatus Euro 5 dan menjana 79hp pada 6,550rpm dan 105Nm pada 3,500rpm.

Menurut Triumph, selain daripada menghasilkan emisi yang lebih rendah berbanding model sebelumnya, enjin ini juga menawarkan penjimatan minyak yang lebih efisien.

*Triumph T120 Black 2021

Kedua-dua model juga 7kg lebih ringan hasil daripada penggunaan rim aluminium sementara sistem membrek dikendalikan kaliper Brembo dengan cakera brek berkembar.

Model ini juga tampil dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard .

Triumph Bonneville T100 2021

T100 mendapat kemas kini yang lebih ketara dengan enjin 900cc silinder berkembar kini menawarkan 64hp pada 7,400rpm (naik 10hp) dan 80Nm pada 3,750rpm.

Triumph turut mendakwa 80 peratus daripada tork itu boleh dirasai seawal 2,000rpm hingga 7,000rpm daripada enjin berstatus Euro 5 itu.

Red line juga naik 500rpm berbanding model sebelumnya.

Antara ciri lain:

  • 4kg lebih ringan
  • fork catridge baharu
  • kaliper brek Brembo 2 piston depan
  • ABS
  • traction control
  • port USB
  • lampu LED penuh
  • paparan meter baharu

Triumph Street Twin 2021

*Triumph Street Twin 2021

Generasi baharu Street Twin ini dikuasakan dengan enjin 900cc High Torque (Euro 5) yang menjana 64hp pada 7,500rpm dan 80Nm seawal 3,800rpm dengan segala kuasa itu kini boleh dikawal menerusi sistem ride-by-wire.

Rekaan keseluruhan juga telah dipertingkat dengan ciri lebih premium antaranya rim jenis cast baharu, tempat duduk lebih selesa, serta kemasan baharu.

Lampu depan juga menampilkan lencana Triumph dengan penggunaan LED depan dan belakang.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • ABS
  • Switchable Traction Control
  • dua mod tunggangan – Rain dan Road
  • brek Brembo dengan cakera tunggal depan
  • skrin digital dengan speedometer jenis analog
  • pengecas USB
  • Tyre Pressure Management System

Sementara itu, Triumph Motorcycles turut menawarkan Street Twin Gold Line Limited Edition bagi yang mahukan kelainan.

*Triumph Street Twin Gold Line 2021

Model ini tampil dengan pilihan warna Matt Saphire Black dengan logo warisan Triumph serta kemasan berwarna emas yang dicat dengan tangan termasuk penggunaan rim jenis spoke.

Hanya 1,000 unit dihasilkan untuk seluruh dunia dan setiap pembelian akan didatangkan dengan sijil pengesahan rasmi oleh Triumph.

Triumph Bonneville Speedmaster 2021

*Triumph Speedmaster 2021

Motosikal cruiser Triumph ini juga mendapat sentuhan terkini dengan enjin 1200c telah dipertingkat bagi menawarkan tork tinggi sewaktu RPM rendah.

Seperti enjin 1200cc lain, Speedmaster juga tampil dengan Euro 5 sekaligus menjaminkan penjimatan minyak terbaik di samping emisi rendah.

Speedmaster menawarkan 77hp pada 6,100rpm dan 106Nm pada 3,850rpm dengan 90 peratus tork dirasai sehingga 5,750rpm.

Model ini juga tampil dengan teknologi ride-by-wire yang menjaminkan kawalan throttle lebih tepat serta dua mod tunggangan, Rain dan Road.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan Showa 47mm dengan preload boleh laras serta monoshock belakang
  • kaliper brek Brembo dengan cakera brek berkembar
  • generasi terbaru ABS
  • Switchable Traction Control
  • ketinggian tempat duduk pada 705mm
  • tempat duduk pillion 11mm lebih tebal
  • torque-assist clutch

Sementara itu paparan meter menampilkan dial baharu dengan skrin LCD boleh dikawal dengan mudah menerusi butang di handlebar.

Pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh serta Daytime Running Light.

Bagi tahun 2021, tiga pilihan warna ditawarkan; jet black, Fusion White dan Sapphire Black serta Red Hopper.

Triumph Bonneville Bobber 2021

*Triumph Bobber 2021

Seperti model Bonneville lain, Bobber juga tidak terlepas daripada menerima kemas kini baharu termasuklah enjin 1200cc yang kini Euro 5.

Menurut Triumph, respon enjin kini lebih efisien serta tork lebih lancar.

Enjin 1200cc High Torque ini menjana 77hp pada 6,100rpm dan 106Nm pada 4,000rpm.

Bobber 2021 ini juga tampil dengan tangki lebih besar dengan kapasiti 12L sekaligus menawarkan jarak 33 peratus lebih jauh berbanding model sebelumnya.

Model 2021 ini tampil dengan tayar depan 16″ serta fork depan 47″sekaligus mewujudkan rupa yang lebih gagah.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tayar Avon Cobra dengan rim jenis spoke
  • Brembo 2-piston dengan cakera brek berkembar
  • ABS
  • Switchable Traction Control
  • tempat duduk aluminium jenis terapung dengan ketinggian 690mm
  • lampu LED penuh dengan Daytime Running Light (DRL)

Triumph Bonneville Bobber 2021 didatangkan dengan tiga warna pilihan; Matt Storm grey denga Matt Ironstone, Cordovan Red scheme, serta Jet Black.

Menariknya, kesemua model Bonneville ini menawarkan jarak servis pada setiap 16,000 kilometer.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube