Bikesrepublic

Triumph Daytona 660 – Sportsbike Terbaik 2025

Menunggang Triumph Daytona 660 adalah suatu pengalaman seperti  sebuah kisah cinta.

Memenangi kategori Sportsbike of the Year 2025 dalam Anugerah Motosikal Tahunan Allianz-BikesRepublic.com 2025 bermakna ia mengalahkan beberapa pesaing yang amat canggih dan berkuasa, termasuk sebahagian daripadanya mempunyai latar belakang kejayaan dalam Kejuaraan Superbike Dunia.

Kenapakah Triumph Daytona 660 memang?

Kami sendiri juga menyukai motosikal supersport 1000cc. Namun, kami tidak boleh menunggangnya saban hari, tidak kira seberapa banyak kami mencuba. Keadaan jalan raya tidak semakin baik, dan semakin ramai pemandu yang kurang mahir di luar sana yang mungkin menjadikan anda sebahagian daripada statistik kemalangan jalan raya negara.

Selain itu, bagi 8 daripada 10 motosikal supersport yang dijual tidak pernah ‘turun litar,’ dan sebaliknya tempat yang paling hampir ialah kawasan parkir litar.

Segmen di mana Daytona 660 berada itu sangat kompetitif. Ini adalah motosikal sport “seharian” yang boleh anda gunakan untuk berulang-alik dan melancong, dan kemudiannya ditunggang pada hari litar. Dan inilah pertimbangan terbesar.

Dibina berdasarkan platform Trident 660 yang sangat popular, ia menawarkan pengendalian yang hebat, keyakinan, pengedalian yang mudah dikawal, dan enjin yang sangat bertenaga. Rekabentuknya bahkan membolehkan pemasangan beg sisi sekiranya anda ingin melancong. Posisi tempat duduknya tidak meletakkan punggung anda terlalu tinggi, dan hendal (handlebar) tidak diletakkan terlalu rendah sehingga membuatkan anda seperti sedang melakukan senaman ‘pumping‘.

Jangan lupa tentang enjinnya. Enjin tiga silinder biasanya mempunyai tenaga yang agresif (disertai dengan bunyi ekzos yang garau). Namun, Triumph sentiasa berusaha keras untuk menghasilkan tindak balas pendikit yang lancar bagi semua motosikal mereka. Oleh itu (bersama dengan pengendalian yang memberi keyakinan), penunggang baharu dan kurang berpengalaman tidak akan merasa gentar, sementara penunggang veteran masih akan merasa terhibur.

Kerana sebab-sebab inilah Triumph Daytona 660 merupakan Sportsbike Terbaik 2025.

Harga jualan asas: RM 49,500

Apa yang kami suka: Boleh ditunggang saban hari, gaya, pengendalian, karakter.

What we did not like: Suspensi tidak boleh dilaras sepenuhnya.

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube