Bikesrepublic

Triumph Dedah Street Triple 765 2023 – Dengan Edisi Khas Moto2, Hanya 765 Unit

Tatkala kalendar 2022 semakin menutup tirai, pengeluar motosikal dunia mula sibuk menaik taraf barisan model sedia ada. 

Terbaru, Triumph Motorcycles memperkenalkan naik taraf baharu bagi Street Triple 765 R, RS dan Moto2 Edition 2023. 

Apa yang baharu?

Pertamanya, Triumph membawakan teknologi Moto2 kepada Street Triple 765 2023 sekaligus tampil dengan kuasa lebih tinggi dan aspek menunggang lebih baik.

Hasilnya, varian standard (R) kini menghasilkan 118hp, naik 2hp berbanding model terdahulu sementara varian RS pula menawarkan 128hp. Kenaikan kuasa ini disumbang oleh nisbah mampatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Antara kemas kini yang dilaksanakan pada bahagian dalaman enjin termasuk piston baharu, con-rod baharu, serta ruang pembakaran yang telah direka semula sekaligus menyumbang kepada peningkatan kuasa. 

Spesifikasi dinaik taraf

Model 2023 juga telah didatangkan dengan pelbagai ciri baharu termasuk brek Brembo M4 dan suspensi Showa boleh laras bagi varian R.

Varian RS pula mendapat suspensi Showa SFF-BP 41mm di depan dan penyerap hentakan Ohlins di belakang sementara varian Moto2 Edition pula dilengkapi dengan suspensi Ohlins depan dan belakang. 

Pakej elektronik

Ketiga-tiga varian juga didatangkan dengan pakej elektronik baharu yang merangkumi Cornering ABS, Traction Control dan empat mod menunggang; Road, Rain, Sport dan Rider. 

Namun varian RS dan Moto2 Edition pula mendapat mod tambahan (Track). 

Kesemua model ini akan mula dipasarkan di Eropah dan seterusnya pasaran global lain bermula tahun depan. 

GALERI: TRIUMPH STREET TRIPLE 765 R, RS, MOTO2 EDITION

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube