Bikesrepublic

Triumph Motorcycles Dedah Tiger 1200 Prototaip, Lancar Tak Lama Lagi

Tak cukup dengan mendedahkan Speed Triple 1200 RR dan Tiger Sport 660, Triumph Motorcycles kini mengumumkan Tiger 1200 prototaip yang ketika ini berada dalam peringkat akhir ujian.

Nama Tiger sememangnya cukup sinonim dengan Triumph Motorcycles, yang selama ini mewarnai segmen motosikal ‘adventure’ global.

Bagaimanapun, pelancaran Tiger 900 pada hujung 2019 mengangkat nama jenama motosikal British itu ke peringkat yang lebih tinggi hasil daripada rekaan serba baharu dan spesifikasi yang tinggi.

Ramai yang berpendapat langkah relevan bagi Triumph adalah memperkenalkan Tiger 1200 baharu menggantikan generasi sebelumnya namun syarikat itu mengambil pendekatan berbeza apabila memperkenalkan Trident 660 dalam usaha menyaingi segmen motosikal pertengahan.

Akhirnya, memasuki September 2021, Triumph mendedahkan Tiger 1200 menerusi beberapa kompilasi foto terkini.

Berdasarkan imej dikongsikan, Tiger 1200 ini meneruskan kesinambungan Tiger 900 dengan reka bentuk yang langsing dan minimalis berbanding motosikal adventure jenama lain.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Tiger 1200 ini datang dengan enjin Euro 5 dengan konfigurasi T-Plane sama seperti Tiger 900.

Konfigurasi ini menghasilkan pembakaran enjin yang tak sama rata lalu menyumbang kepada penghasilkan kuasa yang efisien ketika di rpm rendah dan tinggi.

Sementara itu, Triumph juga mengesahkan bahawa Tiger 1200 ini adalah jauh lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Maklumat lebih terperinci akan didedahkan sebagai model ini dilancarkan tidak lama lagi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube