Bikesrepublic

Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 Serba Baharu Dilancarkan – 178HP, 125Nm!

Triumph Motorcycles telah pun melancarkan Speed Triple 1200 RS serba baharu secara strim langsung, hari ini.

Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm).

Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya.

Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi.

‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya.

Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994.

Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu.

Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compression
  • monoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)
  • tayar Metzeler RACETEC RR
  • Cornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)
  • paparan TFT 5″
  • lima mod tunggangan
  • Triumph Shift Assist (Quickshifter)
  • lampu LED penuh
  • sistem keyless
  • My Triumph Connectivity
  • berat 198kg

Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang.

Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion.

Menariknya, Triumph Motorcycles juga menawarkan 35 jenis aksesori kepada pelanggan yang berminat memperibadikan Speed Triple 2021 ini mengikut cita rasa masing-masing.

Menurut Triumph Motorcyles UK, Speed Triple 1200 RS ini ditawarkan pada harga GBP15,100 (RM83,567). *tukaran langsung

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube