Bikesrepublic

Tunggang Uji Yamaha YZF-R15: Jentera Hebat Dalam Pakej Yang Kecil

  • Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan.
  • Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya.
  • Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.

Pepatah Inggeris yang berbunyi “Good things come ini small packages” sudah semestinya juga boleh digunakan pada motosikal. Dan kami telah mendapati ada kebenarannya pada pepatah ini setelah menunggang model Yamaha YZF-R15 ini selama seminggu.

Pertama sekali, benarkan kami untuk memberi pengenalan yang ringkas mengenainya. Model ini merupakan model R15 generasi ketiga, dan dengan itu mendapat gelaran “R15 V3”. Ianya tidak dapat dinafikan lagi merupakan sebuah motosikal yang menawan, dengan penggayaan yang digarap dari model YZF-R6 yng mana telah mengambil ilham penggayaan dari model YZF-R1.

Pengenalan

Enjin satu silinder, SOHC, sejukan cecair, 155cc-nya itu bercirikan teknologi VVA (Variable Valve Actuation). Dengan kapasiti 155cc, ianya mungkin sekali diambil dari skuter NVX/Aerox. Walaupun hanya berkapasiti 155cc, enjin R15 ini mampu menghasilkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm tork pada 8,500rpm. 19hp mungkin tidak nampak begitu banyak, tetapi ianya jumlah kuasa kuda yang cukup bagus bagi sebuah enjin 155cc.

Kuasa enjinnya itu diagihkan melalui klac “Assist and Slip” (A&S) ke kotak gear enam kelajuan.

Suspensinya itu terdiri daripada fork terbalik berwarna emas pada bahagian hadapan dan penyerap hentakan tunggal di bahagian belakang. Forknya tidak boleh dilaras, begitu juga dengan penyerap hentakan belakangnya. Kami juga mendapati bahawa penyerap hentakannya juga bertindak melalui satu set rantaian dan bukannya dipaut terus pada lengan ayun. Kerangkanya adalah Deltabox yang dikemaskini.

Ia juga bercirikan lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat LED. Lampu hadapan bergandanya mengapit lohong udara besar (palsu). Penghadang anginnya itu sebesar yang ada pada model R25. Selain daripada itu, paparan instrumennya itu bercirikan LCD sepenuhnya.

Penunggangan

Motosikal R15 ini terasa berat di bahagian hadapan pada mulanya, tetapi ini adalah kerana kami tidak merendahkan bahagian atas badan kami, Pada ketika itu, ianya terasa seperti peredam sterengnya dilaras terlalu ketat. Bagaimana pun, perasaan itu hilang sebaik sahaja kami merendahkan tubuh badan dan melembutkan lengan kami. Pada waktu itu, motosikal itu terasa teramatlah lincah.

Motosikal ini terasa amat stabil pada kelajuan melebihi 90km/j di atas lebuh raya. Ia tidak bergoyang-goyang walaupun ketika dihentam angin lintang yang kuat. Ini menunjukkan betapa hebatnya rekaan aerodinamik motosikal ini.

Enjinnya berkitar dengan perlahan di bawah 5,000rpm. Anda perlu mengekalkan rpm enjin pada 2,000rpm sebelum melepaskan klac jika ingin menderu laju dari mula. Bagaimana pun, motosikal ini meluru pantas apabila VVA-nya diaktifkan pada 7,500rpm (ada penunjuknya pada gugusan instrumen). Enjinnya juga menjadi semakin lancar dari 8,000rpm.

Keseronokan sebenar jentera R15 ini adalah sewaktu di selekoh kerana ia adalah sebuah motosikal yang ringan, di samping memiliki klac gelincir dan posisi menunggang yang sporty.

Klac gelincirnya itu membolehkan anda untuk berada pada kelajuan yang lebih tinggi sewaktu memasuki selekoh, walaupun ketika anda telah melepaskan pendikitnya. Sebaliknya, jika ada terlalu banyak ‘back torque’, ia akan memperlahankan anda di pertengahan selekoh. Di atas R15 ini, anda akan meluru masuk selekoh pada satu gear yang lebih tinggi dari kebiasaannya.

Palang pemegangnya yang lebih rendah membolehkan anda untuk ‘bertenggek’ ke tepi dengan lebih selesa sewaktu anda menangani selekoh. Hanya gerakkan badan anda ke sisi dan gunakan tangki bagi menyokong bahagian atas lengan anda.

Malah, kami telah melalui selekoh pada kelajuan 30-40km lebih laju dari kelajuan yang biasa kami lakukan. Motosikal R15 ini memberi lebih keyakinan sewaktu anda membelok masuk motosikal kerana beratnya yang ringan dan sifatnya yang mudah untuk dipandu arah. Ia kekal pada garisan yang dipilih pada ketika anda mengubah garisan anda sewaktu anda mengiring rapat memercikkan api pada tempat letak kaki anda.

Membantu membolehkan penunggangan sebegini adalah suspensinya. Kami telah menguji hampir ke semua motosikal kegunaan jalan raya Yamaha (selain R1 dan R6) dan kami dapati suspensi R15 telah dilaras terbaik sekali. Anda mungkin lebih terasa gegaaran sewaktu menunggang secara perlahan, kerana motosikal ini ringan, tetapi, suspensinya terasa diredam dengan begitu baik apabila anda bergerak dengan lebih laju. Tiada gegaran atau henjutan terasa pada kelajuan yang tinggi.

Satu lagi bukti kehebatan suspensinya adalah ketika motosikal ini melalui jalan yang basah atau lopak air ketika mengiring di selekoh. Tayar standard pada motosikal yang lain akan terasa agak licin, namun tidak pada model R15 ini. Kami hanya boleh bayangkan betapa hendaknya prestasi motosikal ini dengan tayar yang lebih baik.

Ya, kami sedar bahawa para pengkritik motosikal Yamaha YZF-R15 ini mengatakan yang posisi menunggangnya tidak selesa, tetapi ini adalah kerana anda perlu tahu teknik yang betul. Kami bukannya hendak mengkritik, tetpi, ianya sesuatu yang setiap penunggang perlu belajar.

Keduanya, kami faham jika ada yang kata bahawa motosikal ini perlahan kerana ia hanya berkapasiti 155cc. Benar, kami akui ia mengambil masa untuk mencapai kelajuan (ini bukan motosikal 1,000cc, jadi, kasi can la…), tetapi kelajuan tertingginya yang telah kami capai telah benar-benar memeranjatkan kami. Berapa? 150km/j atas jalan raya yang lurus (pada ‘redline’ 12,000rpm) dan hampir mencecah 160km/j sewaktu menuruni bukit. Siput? Silap!

Dan tidak, tiada motosikal Y15ZR standard yang mampu menyainginya pada jalan raya lurus dan di selekoh.

Akhir sekali, enjinnya teramatlah menjimatkan, walaupun dengan kami menunggangnya pada kelajuan 110 hingga 130km/j pada setiap masa, setelah memulas penuh pendikit dari keadaan melahu. Secara purata kami mencecah jumlah 310km bagi setiap kilometer, dan kami hanya mengisinya semula sekali dalam masa seminggu! Paparannya menunjukkan 2.6L/100km, yng mana bersamaan dengan 38.5km/L.

Oh ya, kami telah cuba sedaya upaya mencari sesuatu yang negatif mengenai motosikal namun tidak berjaya…

Kesimpulan

Model Yamaha YZF-R15 ini benar-benar mengagumkan kami, kerana ianya telah membuktikan kebolehannya. Ia tidak syak lagi motosikal lumba 150cc terbaik yang ada dalam pasaran.

Yamaha YZF-R15 ini telah ditetapkan pada harga RM11,988 (harga asas), dan ditawarkan dalam skema warna Biru, Kuning, dan Hitam.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan