Bikesrepublic

Moto Guzzi Malaysia Melancarkan Moto Guzzi V9 Bobber 2017 RM74,900

 

  • Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah memperkenalkan motosikal terkini mereka iaitu Moto Guzzi V9 Bobber 2017 bersempena dengan acara tahunan antarabangsa yang akan kunjung tiba, Moto Guzzi Open House di Mandello Del Lario, Itali.
  • Motosikal V9 Bobber terbaru ini dijana oleh enjinV-berkembar melintang 90-darjah, 850cc yang patuh Euro4 yang menghasilkan 55hp dan 62Nm tork.Ianya dinilai pada harga RM74,900 (asas beserta GST).
  • Bersempena dengan Moto Guzzi Open House di Itali, Moto Guzzi Malaysia juga akan menganjurkan satu perjalanan penunggangan istimewa bagi mereka yang berminat untuk menghadiri Moto Guzzi Open House tahun ini yang terletak di Mandello Del Lario, ibu pejabat Moto Guzzi.

Susulan pelancaran pengedar Moto Guzzi di Malaysia yang baru beberapa hari yang lalu, Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah mengesahkan bahawa mereka akan masuk motosikal yang terbaru dan mengujakan, Moto Guzzi V9 Bobber 2017. Pelancaran motosikal terbaru itu yang merupakan ahli terkini dalam keluarga V9 mereka, telah dibuat bersempena dengan acara Open House tahunan Moto Guzzi di Itali yang berlangsung di ibu pejabat Moto Guzi di Mandello Del Lario sejak penubuhannya dari tahun 1921.

Motosikal V9 Bobber serba baru ini didatangkan dengan penggayaan dan teknologi terkini yang sekali lagi akan mengembalikan keseronokan serta keterujaan dalam dunia cruiser antarabangsa terutamanya di negara kita, Malaysia. Pengedar terbaru jenama ini, Didi Resources, akan melakukan segala yang termampu bagi mengembalikan semangat membara Moto Guzzi di Malaysia dengan ke semua motosikal terbaru mereka dan juga pusat gayahidup baru dan bilik pameran serta pusat perkhidmatan mereka yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya.

V7 III Racer 2017 yang dipamerkan di Moto Guzzi 3S Centre yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya

Seperti motosikal V9 Roamer, motosikal Bobber ini juga dijana oleh enjin V-berkembar melintang 90-darjah, 850cc yang patuh Euro4 yang menghasilkan sehingga 55hp pada 6,250rpm dan 62Nm tork pada 3,000rpm. Menurut pengeluarnya, enjin ini dimegahkan sebagai mempunyai “perwatakan dan tahap tindak balas yang cukup menakjubkan, yang mana menyumbang pada pengalaman menunggang yang mengujakan.”

Ke semua kuasa itu didorong ke roda belakangnya melalui transmisi enam kelajuan klac plet kering dengan aci pandu dwi-sendi yang diimbangkan dengan penambahan saiz dan gear serong, yang mana memberikannya ” satu pengurusan tork yang sangat berkuasa yang kukuh dan juga teguh yang dijana oleh enjin berkembar.” Lenganbuai serba baru telah dikilangkan bagi membantu merumahkan enjin serba baru itu serta tayar belakangnya yang dibesarkan.

Seperti motosikal V9 Roamer yang unik, varian Bobber ini juga memenuhi permintaan kumpulan penggemar permotosikalan yang tertentu yang tercari-cari motosikal yang memenuhi keinginan mereka untuk menunggang dengan ‘liar’. Rekaan serta sifat motosikal Bobber ini amat cocok sekali dengan penunggang yang inginkan cruiser yang santai tetapi dengan rupa paras yang malar segar namun tetap ganas.

Panel sisi dan tangki bahanapinya dikemaskan dalam warna hitam legap dengan beberapa perincian grafik dalam warna kuning atau merah matte. Unit ekzos, cermin dan kedua-dua madgad diwarnakan matte gelap bagi memberikan Bobber ini rupa yang lebih bengis tetapi mempersonakan. Madgad belakangnya telah dipendekkan dan dikecilkan saiznya, jadi selain daripada menyertakan unit optikal yang kompat, ianya memberi sumbangan besar dalam rupa paras minimal motosikal V9 Bobber ini. Rim roda berwarna hitam matte, kedua-dua 16 inci, dihias dengan elegan dengan logo Moto Guzzi yang berwarna kelabu; rim hadapannya dilengkapkan dengan tayar yang lebih besar saiznya (130/90).

Dari segi rekaannya, motosikal V9 Bobber 2017 ini telah disuntik dengan keluli berkualiti tinggi dan alminium dalam jumlah yang sekata manakala penggunaan plastik dikurangkan ke tahap paling minimum. Perincian yang tercantik pada V9 Bobber ini sudah semestinya tangki bahanapi yang berbentuk ‘teardrop’ yang juga terdapat pada kedua-dua V9 Roamer dan Bobber bersama dengan dapra hadapan dan belakangnya yang baru.

V9 Bobber yang menggunakan rekabentuk tangki bahanapi “teardrop” yang ikonik sama seperti V9 Roamer

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai V9 Roamer 2017, TEKAN SINI.

Apabila kita melihat dengan lebih dekat motosikal Bobber ini, ianya membawakan perwatakan yang berbeza dengan kemasan hitam mattenya dan tayar yang lebih besar bagi meningkatkan lagi perincian motosikal V9 Bobber ini dan melonjaknya ke abad ke-21. Selain daripada sebuah motosikal yang cantik dan hebat untuk ditunggang, motosikal Bobber ini juga didatangkan dengan beberapa spisifikasi keselamatan seperti ABS dwi-saluran tercanggih sebagai standard, Kawalan Traksi Moto Guzzi, dan juga pemegun.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki sebuah motosikal V9 Bobber 2017 ini, Moto Guzzi Malaysia telah meletakkan harganya pada RM74,900 (asas beserta GST). Motosikal V9 Bobber ini didatangkan dalam dua warna, kedua-dua lengkap dengan kemasan warna matte: Nero Massiccio dengan grafik berkotak kuning pada madgad dan juga tangki bahanapi, dan Grigio Sport dengan grafik berkotak merah pada madgad dan juga tangki bahanapi.

Bagi memastikan pemilik motosikal V9 Bobber ini dapat menambah sentuhan peribadi tersendiri pada motosikal kesayangan mereka, Moto Guzzi Malaysia juga turut menawarkan pelbagai pilihan aksesori bagi model terkini Moto Guzzi 2017 yang semestinya akan menjadikan setiap satu daripada jentera Moto Guzzi seunik pemiliknya.

Bersempena dengan Moto Guzzi Open House di Mandello Del Lario, Itali, Moto Guzzi Malaysia juga akan turut mengadakan program tunggangan
antarabangsa bagi Moto Guzzi Open House tahun ini yang akan diadakan pada bulan September setiap tahun.

“Kami percaya yang program ini akan membuka mata banyak orang Malaysia bagi berkongsi minat dan perasaan cinta mereka terhadap jenama ini yang telah pun wujud sejak 1921 dengan sokongan komuniti global dan ianya menjadikan pengalaman pemilikan mereka tanpa sempadan. Ditambahkan lagi dengan lawatan melalui lorong-lorang dalam kilang yang bersejarah sama ada dari lawatan muzium hingga ke tunggangan mengelilingi sekitar Tasik Varese yang indah dan menerokai wilayah Switzerland melalui “Stelvio Pass” dan “Pass of Santa Maria” dan banyak lagi. Kami percaya yang pengalaman di Itali ini akan menjadi
pengalaman pemilikan sejati yang tidak dapat dilupai” ujar Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources.

Lebih daripada 25,000 pemilik motosikal Moto Guzzi telah berhimpun pada Open House tahun lalu dan untuk tahun ini, Moto Guzzi Malaysia akan membawa mereka di Malaysia yang berminat ke perhimpunan tahunan Moto Guzzi yang terbesar. Mereka yang turut menyertai Open House ini akan dapat membawa motosikal mereka ke Itali bagi menikmati pengalaman menunggang terhebat mengelilingi Tasik Varese dan juga destinasi penunggangan ikonik yang lain.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Mto Guzzi V9 Bobber 2017 dan juga program menunggang Moto Guzzi Open House tahun ini, TEKAN SINI.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube