Bikesrepublic

Van Jenazah Dikejar Kumpulan Bermotosikal

Sebuah van jenazah dikejar oleh satu kumpulan penduduk yang bermotosikal akibat salah sangka. (Gambar sekadar hiasan.)

Rakaman video kejadian itu telah tular di aplikasi TikTok. Video tersebut menunjukkan sekumpulan penduduk di sebuah kawasan Kajang mengejar van jenazah tersebut, kerana pemandunya disangkakan telah mencurinya dan terlibat di dalam kes pecah rumah di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu van jenazah itu sudah membuat laporan berhubung kejadian, jam 3.58 petang semalam.

@hmetromyVan jenazah yang dipandu laju dan dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal sehingga tular di media sosial bukan dicuri atau terbabit kes pecah rumah seperti didakwa.♬ original sound – Harian Metro

“Lelaki itu memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan di daerah ini untuk dihantar kepada seorang mekanik, tapi tersalah alamat. Dia terpaksa memandu perlahan untuk mencari tempat yang sebenar.

“Tindakannya memandu perlahan menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kumpulan penduduk terbabit dikatakan cuba menyerang dan mengejar lelaki berkenaan dengan membawa senjata kayu serta besi, menyebabkan pemandu melarikan diri bersama van jenazah berkenaan.

“Semakan polis mendapati tiada sebarang laporan kehilangan van jenazah dilaporkan, malah nazir sebuah masjid juga mengesahkan dia menyerahkan van kepada lelaki itu untuk dibaiki,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, bersabit video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Naazron menasihatkan masyarakat tidak membuat spekulasi atau kenyataan tidak benar di media sosial, terutama yang boleh mendatangkan kekeliruan atau mengganggu ketenteraman awam.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang cuba menyebarkan maklumat dan berita tidak benar,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan