Bikesrepublic

Vespa 50 Special Ini Ditemui Semula 41 Tahun Selepas Dicuri

Sebuah Vespa 50 Special telah berjaya ditemui semula setelah lebih 41 tahun dilarikan pencuri di Itali.

Menurut laporan, polis Iltai telah melakukan serbuan terhadap sebuah garaj baru-baru ini bagi menyiasat kecurian traktor.

Bagaimanapun, ketika berjaya menemukan traktor tersebut yang ditutup dengan kain tarp, sebuah Vespa 50 Special yang berada dalam keadaan baik turut ditemui.

Selepas siasatan lanjut, polis mendapati motosikal tersebut merupakan model Vespa yang telah dilaporkan hilang di Pisa sekitar 1980 milik Gino Graziani.

Bagaimanapun, Graziani telah pun meninggal dunia pada 1992 dan Vespa 50 Special itu diserahkan semula pada anaknya Paolo Graziani yang telah dimaklumkan mengenai penemuan semula motosikal milik ayahnya.

Paolo sendiri mengakui dia sudah terlupa mengenai motosikal tersebut.

“Bagi keluarga kami, motosikal ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana mendiang ayah saya cukup sayangkan Vespa ini.

“Saya akan mengambil gambar Vespa ini dan tempatkan di kubur ayah saya,” jelasnya.

Difahamkan, Vespa 50 Special ini kini ditawarkan sekitar GBP3,000 (RM17k).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan