Bikesrepublic

Vespa Malaysia Lancar Sei Giorni II Edition – RM34,500!

Sempena dengan Vespa Day Malaysia yang dianjurkan di Lost World of Tambun, Didi Resources selaku pengedar jenama Vespa di Malaysia melancarkan Sei Giorni II Edition, hari ini.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, menyifatkan sambutan Vespa Day kali ini istimewa tatkala seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung esok.

“Hari ini cukup istimewa, kami menggunakan peluang ini untuk mengadakan Vespa Day di Lost World of Tambun bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 negara bersama-sama 200 pemilik Vespa di samping melancarkan Sei Giorni II Edition,” jelasnya.

Model Sei Giorni II Edition lahir daripada DNA perlumbaan berprestij yang Sei Giorni Internazionale yang diadakan di Varese, Itali apabila 10 jentera Vespa telah turun bertanding dengan motosikal lain dengan sembilan daripadanya mengutip pingat emas.

Vespa Sei Giorni 2020 ini didatangkan dengan enjin 300 HPE (High Performance Engine) 300cc (278cc) satu silinder dengan penyejukkan cecair yang menjana 23.8hp pada 8,250rpm dan 26Nm pada 5,250rpm.

Antara ciri utama yang membezakan Sei Giorni dengan model Vespa lain adalah kedudukan dan rekaan lampu yang ditempatkan di bahagian ‘mudguard’.

Elemen lain yang turut dibawa daripada model terdahulu kepada model 2020 adalah tiub besi terdedah yang terdapat pada bahagian handlebar serta meter speedo analog dengan latar belakang putih.

Pilihan warna Grey Titanio turut menyerlahkan rupa retro klasik Sei Giorni II Edition ini.

Sementara itu, seperti model GTS, model ini turut menampilkan ruang letak helmet yang luas dan tempat duduk yang lebar dan selesa di samping port mengecas USB, lampu LED serta Anti-lock Braking System (ABS).

Vespa Malaysia turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan bagi Sei Giorni II antaranya:

  • cermin penghadang
  • top box 36L
  • rak letak barang depan dan belakang
  • kit perimeter guard
  • sistem anti-kecurian mekanikal/elektronik
  • bag kulit

Vespa Malaysia menawarkan Sei Giorni II Edition dengan harga RM34,500 dengan setiap pembelian didatangkan lengkap dengan penghadang angin versi GTS, bracket top box dan top box berkapasiti 36L.

Pada masa sama, Rewi mendedahkan kumpulan pertama Sei Giorni II Edition yang tiba di Malaysia telah pun ditempah sepenuhnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube