Bikesrepublic

Video Acah Yamaha YZF-R9 (2025) Ditayangkan, Pelancaran pada 9 Oktober

Dunia motosikal telah lama menunggu Yamaha YZF-R9 sehingga hampir terlupa mengenainya. Tetapi Yamaha USA baru sahaja menayangkan satu video acah di YouTube dengan ayat, “Era baharu akan datang. 9 Oktober.”

Ia boleh dilihat dalam video bahawa terdapat sebuah motosikal sport ber-fairing penuh di latar belakang dan kira detik yang berhenti dan berulang pada nombor 9. Selain itu, video itu menunjukkan lampu depan yang terletak di tengah-tengah di antara DRL sisi, yang mengikut susunan lampu Yamaha YZF-R7. Jadi, video ini benar-benar mengesahkan pelancaran YZF-R9.

Yamaha kini mempunyai R7 sebagai motosikal sport “saban hari” yang berada di dalam segmen yang sama dengan Honda CBR650R, Suzuki GSX-S800, Triumph Daytona 660, dan Aprilia RS 660. Bagi banjaran supersport “tulen” pula, hanya terdapat dua motosikal iaitu Honda CBR600RR dan Kawasaki Ninja ZX-6R, selepas Yamaha menurunkan R6 tahun lalu.

Di kalangan motosikal superbike pula, terdapat Yamaha YZF-R1 yang bersaing dengan Aprilia RSV1100 V4, Ducati Panigale V4, Honda CBR1000RR-R, Kawasaki Ninja ZX-10R.

Jadi, di manakah Yamaha YZF-R9 (2025) akan diletak? Hanya terdapat satu lagi motosikal sukan dalam banjaran ini, Ducati Panigale V2. Pengeluar Itali itu telah berhenti mengeluarkan Panigale V2 dengan enjin Testastretta dan sedang berusaha untuk menghasilkan enjin V-Twin baharu.

Walauapapun, motosikal sukan di bawah 1000cc yang praktikal dan sesuai untuk tunggangan harian seerta di litar sekali-sekala sentiasa dialu-alukan. Mari kita nantikan 9 Oktober.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube