Bikesrepublic

Warga Emas Kelar Leher Sendiri Selepas Kemalangan

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook

Seorang lelaki berusia 66 tahun telah bertindak membunuh diri dengan cara mengelar leher selepas terbabit  kemalangan di Tanjong Karang, hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Noor Janihan Nanyan, mangsa telah memberhentikan kereta jenis Mercedes-Benz C200 di tengah-tengah jalan.

Tindakan itu menyebabkan sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi merempuh bahagian belakang lalu terhumban ke parit, dan pemandunya – seorang lelaki berusia 40 tahun – disahkan maut.

Difahamkan, warga emas tersebut kemudiannya bertindak membunuh diri selepas perlanggaran tersebut berlaku dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan Harian Metro, pemandu Myvi tersebut maut setelah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(SUMBER: Harian Metro)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube