Bikesrepublic

Warga Emas Maut Kemalangan Motosikal Selepas Terlanggar Lubang

Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal ekoran terlanggar lubang di Jalan Tengah menuju ke Jalan Syed Putra, semalam.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75 tahun sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Connaught menghala ke Mid Valley.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mendedahkan mangsa terbabas selepas terlanggar lubang di jalan rosak.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” jelasnya.

Isu jalan raya berlubang menjadi topik perbincangan hangat baru-baru ini apabila Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin kemalangan sewaktu berbasikal.

Insiden itu turut menyaksikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat membuat permohonan maaf di laman sosial.

Bagaimanapun, permohonan maaf tersebut mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan layanan berat sebelah oleh pihak JKR terhadap individu berkepentingan berbanding orang awam yang telah terkesan dengan keadaan jalan berlubang sebelum ini.

Khairy turut menegur JKR untuk tidak hanya mengambil tindakan apabila kejadian seumpamanya membabitkan menteri.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube